Pengaruh iklim organisasi terhadap kualiti guru generasi 'Y': kompetensi kecerdasan emosi sebagai mediator

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh iklim organisasi dan kompetensi kecerdasan emosi guru terhadap kualiti guru generasi 'Y' di sekolah menengah di daerah Kudat, Sabah. Kajian bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan beberapa teknik persampelan ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ranwan Malinkun
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42721/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42721/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42721/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh iklim organisasi dan kompetensi kecerdasan emosi guru terhadap kualiti guru generasi 'Y' di sekolah menengah di daerah Kudat, Sabah. Kajian bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan beberapa teknik persampelan kebarangkalian telah digabungkan untuk mendapatkan sampel. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 236 orang guru generasi 'Y' di sekolah menengah harian biasa. Data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS dan AMOS-SEM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa menunjukkan iklim organisasi, kompetensi kecerdasan emosi guru, dan kualiti guru generasi 'Y' diamalkan pada tahap tinggi. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi iklim organisasi, kompetensi kecerdasan emosi guru, manakala kualiti guru generasi 'Y' terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina. Namun itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik berdasarkan pengalaman mengajar bagi iklim organisasi, kompetensi kecerdasaan emosi guru, dan kualiti guru generasi 'Y'. Ujian korelasi membuktikan pula menunjukkan wujud hubungan signifikan iklim organisasi (r=0.437, p<0.05), dan kompetensi kecerdasan emosi guru (r=0.500, p<0.05) dengan kualiti guru generasi 'Y'. Dapatan analisis regresi menunjukkan bahawa variabel peramal iklim organisasi menyumbang sebanyak 18.7% (R 2=0.187), manakala kompetensi kecerdasan emosi guru pula menyumbang sebanyak 24. 7% (R 2=0.247), iklim organisasi dan kompetensi kecerdasan emosi guru mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kualiti guru generasi 'Y'. Di samping itu, hasil analisis laluan (SEM) membuktikan bahawa terdapat hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung yang signifikan antara iklim organisasi dan kompetensi kecerdasan emosi guru terhadap kualiti guru generasi 'Y'. Kajian lanjut dicadangkan berhubung aspek sikap, motivasi, persekitaran, budaya, dan profesionallisme keguruan dalam memahami pengaruhnya terhadap kualiti guru generasi 'Y'.