Hubungan antara faktor-faktor sosioekonomi dengan pengetahuan, sikap dan amalan para pekebun kecil sawit terhadap penyakit ganoderma di negeri Sabah, Malaysia

Reput Pangkal Batang Sawit atau Ganoderma merupakan penyakit paling serius terhadap industri sawit Malaysia. Bagi para pekebun kecil sawit, malangnya mereka masih kurang menyedari tentang kewujudan penyakit ini. Justeru, mereka perlu dibantu dalam menangani penyakit tersebut melalui peningkatan peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Kalsom Yulo
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42700/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42700/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42700/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Reput Pangkal Batang Sawit atau Ganoderma merupakan penyakit paling serius terhadap industri sawit Malaysia. Bagi para pekebun kecil sawit, malangnya mereka masih kurang menyedari tentang kewujudan penyakit ini. Justeru, mereka perlu dibantu dalam menangani penyakit tersebut melalui peningkatan pengetahuan, sikap dan amalan mereka. Kajian ini dijalankan untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan pengurusan para pekebun kecil sawit terhadap penyakit Ganoderma. Kajian ini adalah juga untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan sikap para pekebun kecil sawit terhadap penyakit Ganoderma dengan faktor-faktor sosioekonomi mereka. Tinjauan keratan rentas melalui persampelan rawak secara berperingkat menggunakan soal selidik berstruktur telah digunakan untuk menghimpunkan data dari 500 orang pekebun kecil sawit dari 19 buah daerah di Negeri Sabah, Malaysia. Berdasarkan kepada analisis kluster, para pekebun kecil sawit terbabit telah dikategorikan kepada pekebun kecil kurang berpengetahuan (373 orang) dan pekebun kecil berpengetahuan (127 orang) tentang penyakit Ganoderma. Ujian perbandingan Khi kuasa dua pula telah mendapati hubungan yang signifikan antara kategori pekebun kecil, pengalaman dalam penanaman sawit dan keluasan tanaman sawit dimiliki dengan pengetahuan pekebun kecil tentang penyakit Ganoderma. Hasil analisis faktor telah mengenalpasti tiga sikap utama pekebun kecil sawit terhadap penyakit Ganoderma iaitu kurang pendedahan tentang kaedah pengurusan penyakit Ganoderma, kesukaran untuk mengesan, mengawal dan merawat penyakit Ganoderma dan kesedaran tentang faktor-faktor yang meningkatkan penyebaran penyakit Ganoderma. Sementara itu, ujian perbandingan Mann-Whitney U dan ANOVA sehala telah mendapati wujud hubungan yang signifikan antara sikap pekebun kecil sawit tentang penyakit Ganoderma dengan kategori pekebun kecil, tahap pendidikan, pengalaman dalam penanaman sawit dan keluasan bertanam sawit dimiliki. Dari segi amalan pengurusan, majoriti daripada responden tidak menjalankan sebarang pemantauan untuk memeriksa kewujudan penyakit di kebun (60.2 peratus), tidak membuat penyimpanan rekod kebun (93.2 peratus), tiada tindakan untuk merawat pokok yang dijangkiti (77.0 peratus), tiada tindakan untuk menghindarkan kebun dari terkena jangkitan (77.6 peratus) dan belum melaksanakan penanaman semula (77.2 peratus). Kesimpulannya, pengetahuan para pekebun kecil sawit tentang penyakit Ganoderma masih lagi terhad. Hal ini dicerminkan daripada persepsi mereka terhadap kurangnya pendedahan dan mengalami kesukaran dalam menangani penyakit ini. Akibatnya, mereka hanya mengambil sedikit tindakan dalam pengawalan dan pencegahan penyakit. Hasil kajian ini diharap dapat digunakan oleh agensi-agensi berkaitan sebagai sumber rujukan dalam membentuk program-program latihan yang komprehensif dan demi untuk meyakinkan para pekebun kecil sawit khususnya di Negeri Sabah tentang impak sosioekonomi penyakit Ganoderma.