Faktor yang mempengaruhi nilai sewa harta tanah komersial di pekan Kota Belud, Sabah

Kota Belud merupakan daerah kecil yang terdapat di Sabah yang semakin membangun. Pembangunan tersebut termasuklah dari segi guna tanah komersial khususnya untuk aktiviti perniagaan terutama bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan di rumah kedai. Aktiviti perniagaan yang dijalankan ini banya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Aliya Natasya Abdul Nasir, Sarah Aflina Anak Spencer, Selina Anat Sait, Alderina Adnan, Oliver Valentine Eboy
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42697/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42697/
https://doi.org/10.51200/ejk.v30i.5906
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kota Belud merupakan daerah kecil yang terdapat di Sabah yang semakin membangun. Pembangunan tersebut termasuklah dari segi guna tanah komersial khususnya untuk aktiviti perniagaan terutama bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan di rumah kedai. Aktiviti perniagaan yang dijalankan ini banyak menyumbang kepada pembangunan bandar dan ekonomi Kota Belud. Namun begitu, perkara yang menjadi isu pada masa kini adalah untuk mengenalpasti nilai sewa yang sesuai dengan lokasi atau kedudukan rumah kedai tersebut supaya tidak berlaku ketidakadilan kepada para penyewa yang ingin berniaga di rumah kedai tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi nilai sewa harta tanah komersial di Pekan Kota Belud. Pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Data kajian ini diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik kepada para penyewa rumah kedai untuk membantu mendapatkan data nilai sewaan di rumah kedai dan seterusnya menggunakan perisian Statistical Package for Social Studies (SPSS) untuk menganalisis data kajian yang diperolehi. Sistem Maklumat Geografi (GIS) pula digunakan untuk membantu menganalisis faktor yang mempengaruhi nilai sewa tanah komersial melalui kaedah Ordinary Least Square (OLS). Kaedah yang digunakan ini dapat membantu untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai sewa rumah kedai di Pekan Kota Belud. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor lokasi kawasan sekolah, stesen minyak, tandas awam dan kedai farmasi mempengaruhi nilai sewa harta tanah komersial atau rumah kedai di pekan Kota Belud. Stesen minyak, tandas awam dan farmasi memberikan pengaruh positif manakala kwasan sekolah memberikan pengaruh negatif terhadap nilai sewa rumah kedai di pekan Kota Belud. Dapatan kajian ini memberikan sumbangan yang penting kepada para pelabur, penilai dan pihak berkuasa tempatan terutama sekali dalam penentuan nilai sewa harta tanah komersial di pekan Kota Belud.