Pemetaan guna tanah dan litupan tanah di Lahad Datu, Sabah

Pertumbuhan guna tanah di setiap kawasan akan sentiasa mengalami perubahan akibat daripada aktiviti antropogenik. Kehilangan biodiversiti global yang merupakan satu punca utama menyebabkan perubahan ketara terhadap guna tanah dan tutupan tanah di permukaan bumi berpunca daripada aktiviti manusia itu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Oliver Valentine Eboy, Ang, Kean Hua, Mohammad Al Amir As Khairullah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42691/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42691/
https://doi.org/10.51200/ejk.v30i.5900
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertumbuhan guna tanah di setiap kawasan akan sentiasa mengalami perubahan akibat daripada aktiviti antropogenik. Kehilangan biodiversiti global yang merupakan satu punca utama menyebabkan perubahan ketara terhadap guna tanah dan tutupan tanah di permukaan bumi berpunca daripada aktiviti manusia itu sendiri. Perubahan ini juga memberi kesan kepada suhu kawasan, hidupan liar, sumber air, dan kualiti hidup manusia. Seperti yang diketahui Asia Tenggara kaya dengan sumber hutan yang dijadikan sebagai sumber ekonomi negara. Memandangkan pertanian dan keselamatan makanan saling berkait antara satu sama lain, industri ini menyumbang besar kepada terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar negara yang mana sumbangan utamanya daripada keluasan tanah negara yang kaya dengan biodiversiti. Dalam kajian ini, teknik geospatial digunakan untuk menilai aktiviti guna tanah khususnya berkaitan dengan pertanian di Lahad Datu, dengan menggunakan imej Landsat dan teknik klasifikasi berasaskan objek untuk mengenal pasti jenis dan fungsi kawasan. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai aktiviti guna tanah di Lahad Datu berkaitan dengan hubungan antara pertanian, corak landskap dan peranan jenis tanah. Hasil kajian menunjukkan kawasan Lahad Datu didominasi oleh hutan (61%) dan pertanian (35%), dengan baki kawasan terdiri daripada pembangunan (1%), tanah tandus (2%), dan sungai (1%). Kajian mendapati faktor kesesuaian tanah dan ciri fizikal seperti kecerunan, ketinggian, dan penerimaan cahaya matahari mempengaruhi produktiviti pertanian. Manakala bagi hasil pendigitalan bagi kawasan Lahad Datu pula menunjukkan 59% tanah sesuai untuk pertanian dengan kecerunan kurang daripada 25 darjah yang boleh mengurangkan risiko hakisan dan hanya 10% jenis tanah tidak sesuai untuk aktiviti pertanian. Hasil kajian ini dapat menyokong perancangan strategik dalam penggunaan tanah, pengurusan sumber alam serta penggubalan dasar yang lebih efektif untuk pembangunan lestari. Melalui analisis yang dilakukan, ia dapat menyediakan asas bagi tindakan dalam pengurusan pertanian dan perlindungan alam sekitar dengan tujuan meningkatkan ketahanan ekosistem dan kesejahteraan masyarakat setempat.