Kajian mikropaleontologi dan geokimia batu kapur formasi Kudat dan Batu Rijang formasi Chert-Spilit di Kudat, Sabah

Kawasan kajian yang terletak di Kudat terdiri daripada Formasi Chert-Spilit, Formasi Kudat dan Formasi Wariu. Formasi Chert-Spilit terdiri daripada batuan rijang yang berselang lapis dengan syal bersilika serta batuan igneus mafik daripada basalt, spilit dan serpentinit. Formasi Kudat yang merangkum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nursaiedah Wan Ismail
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42645/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42645/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42645/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan kajian yang terletak di Kudat terdiri daripada Formasi Chert-Spilit, Formasi Kudat dan Formasi Wariu. Formasi Chert-Spilit terdiri daripada batuan rijang yang berselang lapis dengan syal bersilika serta batuan igneus mafik daripada basalt, spilit dan serpentinit. Formasi Kudat yang merangkumi ahli batu pasir Tajau pula mempunyai dua fasies iaitu fasies kalstik yang ditunjukkan oleh lapisan batu pasir berselang lapis dengan syal serta fasies karbonat yang ditunjukkan oleh lensa batu kapur yang tersingkap di beberapa lokasi. Formasi Wariu atau melange pula adalah himpunan batuan yang bercampur aduk daripada formasi yang lebih tua. Himpunan batuan ini terdiri daripada pelbagai pecahan blok ofiolit, batuan volkanik dan batuan klastik dengan matriks daripada batu pasir dan syal. Antara tiga unit batuan ini, hanya batu kapur daripada Formasi Kudat dan batu rijang daripada Formasi Chert-Spilit dilakukan analisis paleontologi dan analisis geokimia. Berdasarkan hasil analisis paleontologi dalam batu rijang, terdapat dua kumpulan usia yang diwakili oleh batu rijang di Kudat iaitu Berriasian (J1) dan Barremian hingga Aptian (J2). Usia Berriasian (J1) ditunjukkan oleh kemunculan pertama Pseudodictyomitra carpatica dan Thanarla pulchra serta kemunculan akhir Xitus spicularius dan Pseudodictyomira lodogaensis. Usia J2 pula ditunjukkan oleh kemunculan pertama Hiscocpasa grutterinki, Thanarla pacifica dan Dictyomitra communis yang sepadan dengan kemunculan akhir Thanarla pulchra (Barremian) dan julat akhir himpunan ini iaitu Aptian ditunjukkan oleh kemunculan akhir Sethocapsa orca. Rijang di Bukit Pangaraban menunjukkan usia yang lebih tua (J1) dan rijang di Kampung Bangau menunjukkan usia yang lebih muda (J2). Berdasarkan analisis paleontologi batu kapur pula, kandungan fosil yang ditemui telah menunjukkan usia ahli batu pasir Tajau yang diwakili oleh batu kapur kawasan kajian berjulat dari lewat Miosen awal hingga awal Miosen Tengah (Burdigalian hingga Langhian). Usia ini bersamaan dengan zon foraminifera plankton iaitu Zon N.6 hingga Zon N.9. Fosil indeks dalam unit batuan ini ialah Globigerinoides sicanus (foraminifera plankton) serta Lepidocyclina (N.) ferreroi, Lepidocyclina (N.) parva, Lepidocyclina (N.) sumatrensis dan Lepidocyclina (N.) angulosa daripada foraminifera besar yang mempunyai julat usia yang pendek. Hasil analisis geokimia pula menunjukkan sekitaran endapan batu kapur Kudat pula berlaku pada margin arka kepulauan-arka benua iaitu sekitaran laut dalam yang telah mengalami pencetekan. Kajian geokimia batu rijang menunjukkan sekitaran endapan batu rijang kawasan kajian berada di pelagik iaitu sekitaran laut dalam. Beberapa unsur major dan unsur surih lain yang dikaji dikorelasikan dalam mentafsir diagenetik dan sifat kimia kedua-dua unit batuan ini.