Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan bayley scales of infant and toddler development (bayley-iii)

Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri psikometrik alat kajian Bayley Scales of Infant Development (Bayley-III) yang digunakan untuk mengukur kebolehan kognitif, bahasa reseptif, bahasa ekspresif, motor halus dan motor kasar dalam kalangan bayi. Seramai 210 orang bayi yang berumur 9 bulan hingga 13...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Pick Yuen
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42581/5/ABSTRACT..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42581/6/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42581/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri psikometrik alat kajian Bayley Scales of Infant Development (Bayley-III) yang digunakan untuk mengukur kebolehan kognitif, bahasa reseptif, bahasa ekspresif, motor halus dan motor kasar dalam kalangan bayi. Seramai 210 orang bayi yang berumur 9 bulan hingga 13 bulan 30 hari dari taska sekitar Kota Kinabalu telah terlibat dalam kajian ini. Keputusan penilaian reliabiliti menggunakan kaedah ketekalan dalaman Alpha Cronbach bagi sub skala kognitif (r =.901), komunikasi reseptif(r=.457), komunikasi ekspresif(r =.637 ), motor halus (r = .453) dan motor kasar(r = .896). Validiti konvergen alat ujian BSID III dibuktikan dengan hasil inter kolerasi yang signifikan dan positif di antara lima sub skala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa alat kajian ini sesuai digunakan dalam konteks Malaysia.