Pengaruh kenaziran dan kepengetuaan sekolah terhadap proses pengajaran guru mata pelajaran pengetahuan ugama Islam di Negara Brunei Darussalam
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh kenaziran dan kepengetuaan sekolah terhadap proses pengajaran guru mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di Negara Brunei Darussalam. Dalam kajian ini, seramai 175 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-sekolah me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42246/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42246/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42246/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh kenaziran dan kepengetuaan sekolah terhadap proses pengajaran guru mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di Negara Brunei Darussalam. Dalam kajian ini, seramai 175 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-sekolah menengah Negara Brunei Darussalam. Keputusan analisis ujian kebolehpercayaan yang dijalankan menunjukkan secara keseluruhan dan mengikut gugusan, semua variabel berada pada paras yang dianggap baik iaitu 0.883 hingga 0.929. Data kajian di analisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan, ujian-t, ANOVA, Kolerasi Pearson dan Regressi Berganda. Dapatan kajian mendapati adanya hubungan yang bersifat positif tetapi pada kadar kekuatan yang sederhana. Analisis regressi berganda menunjukkan bahawa kombinasi daripada variabel kenaziran dan variabel kepengetuaan menyumbang sebanyak 29.5 peratus dalam mempengaruhi proses pengajaran guru. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini akan dapat menyumbangkan kepada keberkesanan proses pengajaran guru di dalam bilik darjah dan dapat menjadikan suasana pembelajaran yang efektif dan berkesan. |
---|