Kajian trend pasaran harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan

Bandar Sandakan terletak di pantai timur Sabah, Malaysia, berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dengan koordinat geografi 5.8402° N latitud, 118.1179° E longitud. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu dengan keluasan 2266 km² dengan jumlah penduduk kini hampir lebih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chua Lee Hua, Florance Kana, Shoon Su Pin, Oliver Valentine Eboy, Winnie Miana Binol, Zuvivi binti Jiam
Format: Article
Language:English
English
Published: Quantum Academic 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42040/3/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42040/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42040/
https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.417
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bandar Sandakan terletak di pantai timur Sabah, Malaysia, berhampiran dengan pantai Laut China Selatan dengan koordinat geografi 5.8402° N latitud, 118.1179° E longitud. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu dengan keluasan 2266 km² dengan jumlah penduduk kini hampir lebih sejuta orang. Jenis pasaran harta tanah komersial bagi rumah kedai di bandar Sandakan adalah berbeza-beza mengikut zon. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti trend pasaran harta tanah komersial di Pusat Bandar Sandakan, Sabah pada tahun 2023. Bagi mencapai objektif berkenaan, perbandingan dilakukan terhadap trend yang ditunjukkan pada tahun 2013 dan 2023. Pembahagian Pusat Bandar Sandakan mengikut zon; A, B dan C turut dilakukan bertujuan untuk mendapatkan taburan nilai sewa yang pelbagai. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Terdapat beberapa metodologi berbeza yang digunapakai pada peringkat yang berlainan. Peringkat pertama melibatkan pemerolehan data primer iaitu soal selidik sebanyak 103 borang. Seterusnya diikuti dengan analisis deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Peringkat ketiga melibatkan penggunaan Geographic Information System (GIS) untuk melakukan analisis Ordinary Least Squares (OLS) untuk menghasilkan model regresi linear dan untuk menghasilkan peta interpolasi iaitu Inversed Distanced Weighted (IDW) sewa di pusat bandar Sandakan. Oleh itu, ArcMap 10.8 telah digunakan dalam menghasilkan peta. Dapatan daripada analisis interpolasi yang dijalankan menunjukkan kewujudan variasi nilai sewa. Hasil daripada analisis kajian ini mendapati bahawa berlaku penurunan bagi nilai terendah sewa rumah kedai dan berlaku peningkatan bagi nilai tertinggi sewa rumah kedai antara tahun 2013 sehingga 2023 di pusat bandar Sandakan. Terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi trend perubahan nilai pasaran harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan