Sistem kepimpinan orang asli semelai di Kampung orang asli (KOA) Sungai Lui, Jempol

Suku Semelai merupakan salah satu suku kaum Orang Asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan dan Pahang. Penempatan mereka di Negeri Sembilan adalah di Kampung Orang Asli Sungai Lui dan Kampung Orang Asli Sungai Sampo di Jempol. Manakala, sebahagian mereka tinggal di beberapa Kawas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Saifulazry Mokhtar, Sabariah Abd Rahim, Mohammad Wazir Shafie Aliasah
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41880/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41880/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41880/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Suku Semelai merupakan salah satu suku kaum Orang Asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan dan Pahang. Penempatan mereka di Negeri Sembilan adalah di Kampung Orang Asli Sungai Lui dan Kampung Orang Asli Sungai Sampo di Jempol. Manakala, sebahagian mereka tinggal di beberapa Kawasan di Bera, Pahang. Sebahagian besar masyarakat ini masih berpegang kepada kepercayaan animisme, manakala sebahagian kecil pula telah memeluk agama Islam semenjak tahun 1990an. Makalah ini akan membincangkan sistem kepimpinan yang diamalkan dalam masyarakat Semelai serta peranan dan fungsi pemimpin (yang disebut sebagai Tok Batin) dalam masyarakat ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan cara mendapatkan data melalui temu bual informan penting di Kampung Orang Asli Sungai Lui, Jempol. Seterusnya data dianalisis secara deskriptif interpretif. Kajian mendapati sistem kepimpinan dalam masyarakat ini bercirikan tradisonal dan moden kerana telah diwarisi daripada nenek moyang mereka dan dalam masa yang sama turut terikat dengan sistem moden yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dalam hal ini, Tok Batin mempunyai peranan yang besar termasuklah menjadi wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam pentadbiran kampung serta menjadi rujukan dan penyelesai masalah dalam hal adat resam masyarakat mahupun hal-hal sosial.