Sejarah pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) di Borneo Utara, 1881-1941

Kajian ini membincangkan aspek pengurusan kewangan dari perspektif sejarah ekonomi. Pengurusan kewangan yang dibincangkan adalah berdasarkan perlaksanaan amalan pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang mentadbir Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga 1941. Pentadbiran B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Nasir Roslan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41857/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41857/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41857/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan aspek pengurusan kewangan dari perspektif sejarah ekonomi. Pengurusan kewangan yang dibincangkan adalah berdasarkan perlaksanaan amalan pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang mentadbir Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga 1941. Pentadbiran BNBCC selama 60 tahun telah membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan prasarana khususnya dalam aktiviti pengurusan kewangan. Ini kerana pengurusan kewangan merupakan elemen utama yang berperanan signifikan menunjangi kelangsungan operasi kerajaan ataupun organisasi perniagaan. Kajian ini disempurnakan dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menelaah sumber primer sebagai bahan utama yang terdiri daripada fail pentadbiran dan laporan kewangan BNBCC yang diperolehi di Arkib Negeri Sabah. Selain itu, untuk mengukuhkan perbincangan dalam kajian ini, interpretasi dilakukan dari penulisan mengenai BNBCC dan Borneo Utara yang didapati melalui buku, artikel dan kertas persidangan. Sehubungan itu, kewujudan pengurusan kewangan adalah salah satu faktor kelangsungan pentadbiran BNBCC di Borneo Utara sehingga dikatakan sebagai kompeni British yang lama bertahan berbanding kompeni British yang lain.