Ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja: tinjauan literatur sistematik
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penglibatan kesatuan sekerja yang telah dikenalpasti oleh pengkaji terdahulu. Salah satu faktor yang mempengaruhi adalah ideologi kesatuan sekerja. Namun, faktor ini mempunyai isu dalam sorotan kajian lepas disebabkan oleh penggunaan terma “ideologi” yang t...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41812/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41812/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41812/ https://doi.org/10.51200/ejk.v30i.5517 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penglibatan kesatuan sekerja yang telah dikenalpasti oleh pengkaji terdahulu. Salah satu faktor yang mempengaruhi adalah ideologi kesatuan sekerja. Namun, faktor ini mempunyai isu dalam sorotan kajian lepas disebabkan oleh penggunaan terma “ideologi” yang tidak jelas. Dengan menggunakan tinjauan literatur sistematik, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji secara deskriptif keseluruhan artikel, kertas kerja dan bahan bacaan yang berkaitan dengan ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja. Oleh itu, tinjauan literatur sistematik ini akan dapat memberi input secara teoritikal bagi aspek kesatuan sekerja. Sehubungan dengan itu, data diperolehi daripada pangkalan data Science Direct dan Emerald Insight dari tahun 2013 sehingga 2023 dan dianalisis menggunakan kaedah PRISMA. Hasil kajian mendapati di sepanjang 10 tahun ini, dengan menggunakan kata kunci “union ideology and union participation” sebanyak 699 artikel yang diterbitkan bagi carian Science Direct manakala sebanyak 1485 artikel penyelidikan bagi carian menggunakan Emerald Insight tetapi hanya dua artikel sahaja yang releven dalam kajian ini. Hasil kajian ini akan membantu kepada pencarian artikel penyelidikan kepada pengkaji dalam bidang yang memfokuskan kepada ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja. |
---|