Perkembangan keusahawanan kraf tradisional skala kecil di pantai barat utara dan pedalaman Sabah

Kraf tradisional di Sabah mempunyai keunikan tersendiri kerana kraf yang dihasilkan berlatarkan budaya etnik yang berbeza-beza seperti Dusun, Murut, Bajau, Rungus dan lain-lain lagi yang mewakili daerah masing-masing. Kraf tradisional terus berkembang selari dengan keperluan semasa khususnya dalam b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Aidah Hj. Lukin @ Lokin, Suraya Sintang, Zuraidah Jamrin
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41705/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41705/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41705/
https://oer.ums.edu.my/handle/oer_source_files/2231
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kraf tradisional di Sabah mempunyai keunikan tersendiri kerana kraf yang dihasilkan berlatarkan budaya etnik yang berbeza-beza seperti Dusun, Murut, Bajau, Rungus dan lain-lain lagi yang mewakili daerah masing-masing. Kraf tradisional terus berkembang selari dengan keperluan semasa khususnya dalam bidang pelancongan di samping keperluan kraf yang berkaitan dengan amalan budaya masyarakat tempatan. Kertas kerja ini cuba memfokus perbincangan tentang perkembangan keusahawanan kraf tradisional skala kecil di Pantai Barat Utara Sabah (daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat) dan Pedalaman Sabah (daerah Keningau, Tenom dan Kuala Penyu). Data kajian diperoleh daripada kajian lapangan yang dilaksanakan di daerah-daerah yang terlibat. Temu bual secara mendalam dijalankan bersama informan iaitu daripada kalangan para pengusaha kraf tradisional di daerah berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa keusahawanan kraf tradisional menunjukkan perkembangan yang baik dan menggalakkan di daerah kajian. Daripada kegiatan keluarga secara kecilkecilan, penghasilan kraf tradisional terus berkembang menjadi kegiatan komuniti kampung. Permintaan yang tinggi terhadap kraf tradisional ini menyebabkan para pengusaha kraf memperolehi pendapatan yang agak lumayan dan dapat membuka peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk kampung yang terlibat membantu dalam proses menghasilkan kraf. Para pengusaha kraf tradisional juga melalui detik hitam ketika berlakunya Pandemik Covid-19 kerana telah menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk. Namun hikmah di sebalik Pandemik Covid-19 telah membuka ruang kepada para pengusaha kraf tradisional meneroka pengalaman baharu, mempelbagaikan rekaan kraf dan mempelajari kaedah pemasaran secara atas talian. Kraf tradisional terus berkembang kerana kegigihan para pengusaha yang terus menghasilkan kraf bagi memenuhi keperluan yang berkaitan dengan amalan budaya masyarakat tempatan di samping galakan daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan penghasilan kraf bagi memenuhi permintaan dalam bidang pelancongan di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.