Perkembangan politik bumiputera di Sabah 1963-1999
Kajian ini membincangkan perkembangan politik bumiputera di Sabah yang sering bergelumang dengan persaingan dan pertelingkahan khususnya dalam kalangan pemimpin bumiputera itu sendiri. Fokus kajian adalah antara tahun 1963 hingga tahun 1994 berkaitan dengan konflik kepimpinan bumiputera sering berla...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41440/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41440/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41440/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan perkembangan politik bumiputera di Sabah yang sering bergelumang dengan persaingan dan pertelingkahan khususnya dalam kalangan pemimpin bumiputera itu sendiri. Fokus kajian adalah antara tahun 1963 hingga tahun 1994 berkaitan dengan konflik kepimpinan bumiputera sering berlaku dalam pucuk pimpinan parti dan kerajaan yang diterajui oleh parti USNO, BERJAYA dan PBS. Manakala pada tahun 1994 hingga tahun 1999, kerajaan BN yang didominasi oleh UMNO melaksanakan sistem ‘penggiliran Ketua Menteri’ dengan tujuan untuk memuaskan hati semua kaum. Konflik dalam kalangan bumiputera semakin berkurangan kerana semangat muhibah dan kongsi-kuasa antara parti kompenan BN dan lebih berfokus kepada agenda pembangunan negeri. Sistem tersebut akhirnya dimansuhkan pada bulan Mac 2004 dan ‘perkongsian kuasa’ BN masih berjaya dilaksanakan. Namun demikian, keutuhan dan pemerintahan kerajaan BN belum tentu terjamin untuk selamanya. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada kejayaan pemimpin bumiputera untuk terus kekal sebagai tunjang kepada pentadbiran negeri walaupun sering bersilih ganti melalui pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS dan UMNO iaitu sejak tahun 1963 hingga tahun 1999. Di samping itu, kedinamikan politik bumiputera terus bertahan walaupun penuh dengan konflik dalam mempastikan pemimpinnya sebagai Ketua Menteri diberi tumpuan. Sesungguhnya, perkaitan antara parti politik sebagai saluran, pemimpin sebagai penggerak dan pilihan raya sebagai pentas sememangnya mempunyai pertautan demi pembangunan negeri Sabah. |
---|