Pengaruh gaya kepimpinan pengetua, budaya organisasi sekolah, dan efikasi kendiri guru terhadap komitmen guru

Pembangunan kepimpinan pengetua, budaya sekolah, efikasi kendiri guru dan peningkatan komitmen guru merupakan isu utama yang menjadi indikator dalam pencapaian kecemerlangan dan keberkesanan kepimpinan pengetua dalam sesebuah sekolah di Malaysia. Pelbagai isu diketengahkan berkaitan kepimpinan penge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dolley Christ Anak Tagong
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41372/1/24%20pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41372/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41372/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan kepimpinan pengetua, budaya sekolah, efikasi kendiri guru dan peningkatan komitmen guru merupakan isu utama yang menjadi indikator dalam pencapaian kecemerlangan dan keberkesanan kepimpinan pengetua dalam sesebuah sekolah di Malaysia. Pelbagai isu diketengahkan berkaitan kepimpinan pengetua dan budaya sekolah yang memberi impak kepada pencapaian pelajar dan kecemerlangan sekolah menengah kebangsaan (SMK). Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kepimpinan pengetua, budaya sekolah, efikasi kendiri terhadap komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan (SMK) dalam negeri Sarawak. Rekabentuk kajian tinjauan keratan rentas melibatkan sampel 378 orang guru SMK di Sarawak. Pengkaji menggunakan alat ukur Bass dan Avolio iaitu (1995) Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) bagi mengukur kepimpinan pengetua. Budaya sekolah diukur menggunakan instrumen yang dibina oleh Wallach (1983), efikasi kendiri guru berdasarkan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk (2001) manakala komitmen guru diukur menggunakan instrumen The Three-Component Model (TCM) oleh Meyer, Allen, dan Smith (1993). Analisis deskriptif peratusan, skor purata dan sisihan piawai telah digunakan untuk menghuraikan demografi responden kajian dan analisis inferensi iaitu regresi berganda, korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA digunakan bagi tujuan pengujian hipotesis yang dibina mengikut statistik tertentu. Dapatan menunjukkan kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh ke atas budaya sekolah, efikasi kendiri guru, dan komitmen guru terhadap sekolah. Justeru adalah dicadangkan kepimpinan pengetua mengamalkan kepimpinan transformasional, kepimpinan transaksional dan kepimpinan laissez-faire sebagai panduan dalam menguruskan budaya sekolah, meningkatkan efikasi kendiri guru, khususnya dalam memastikan komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan dalam negeri Sarawak dapat ditingkatkan dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dapat direalisasikan.