Peranan pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dalam pengimarahan: Satu analisis

Masjid merupakan institusi yang berperanan penting sebagai pusat ibadah dan pusat pengembangan ilmu pengetahuan. Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di samping sebagai agen untuk menyatukan masyarakat melalui program-program pengimarahannya. Masjid ju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasrun Mohd Talib, Hafiz Hamzah
Format: Article
Language:English
English
Published: ResearchGate 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41221/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41221/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41221/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masjid merupakan institusi yang berperanan penting sebagai pusat ibadah dan pusat pengembangan ilmu pengetahuan. Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di samping sebagai agen untuk menyatukan masyarakat melalui program-program pengimarahannya. Masjid juga adalah sebuah institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai pengajian ilmu berkaitan Islam bagi setiap lapisan umur dan kedudukan dalam kalangan masyarakat Islam. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan masjid yang terkemuka di Malaysia dan menerima anugerah kerana peranan dan sumbangannya ke arah membangun ummah berpandukan kearifan tempatan dengan mentransformasi fungsi masjid sebagai pusat pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi dan pelancongan Islam di samping kuliah-kuliah agama yang tersusun dan dilaksanakan oleh pihak pengurusannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan dan sumbangan pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di dalam pengimarahan masjid. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual dan analisis kandungan. Kejayaan yang dikecapi oleh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebagai masjid Hadari Kebangsaan 2009, Masjid Inovasi Kebangsaan 2011, Masjid Cemerlang negeri Sabah dan Kebangsaan, dan anugerah Masjid Penanda Aras Cemerlang tahun 2023 menunjukkan keberhasilan dalam pengimarahan daripada pengurusan masjid yang teratur. Justeru, masjid menjadi lambang kepada kekuatan ummah meliputi aspek ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan pelancongan sekaligus memartabatkan syiar Islam melalui institusi masjid.