Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Geographic Information System (GIS) merupakan satu ontologi dan epistemologi ilmu yang boleh digunakan dalam kajian yang melibatkan dimensi ruangan. GIS dilihat dapat digunakan untuk membuat kajian dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang jenayah. Sehubungan dengan itu, pengkajian dan penelitian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lizalin Anak Kalang
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.ums.eprints.40986
record_format eprints
institution Universiti Malaysia Sabah
building UMS Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Sabah
content_source UMS Institutional Repository
url_provider http://eprints.ums.edu.my/
language English
English
topic HV7935-8025 Administration and organization
spellingShingle HV7935-8025 Administration and organization
Lizalin Anak Kalang
Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
description Geographic Information System (GIS) merupakan satu ontologi dan epistemologi ilmu yang boleh digunakan dalam kajian yang melibatkan dimensi ruangan. GIS dilihat dapat digunakan untuk membuat kajian dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang jenayah. Sehubungan dengan itu, pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah menggunakan GIS pada masa kini masih lagi kurang penerapan. Maka, berhubung dengan masalah ini, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan jenayah dalam ruang menggunakan aplikasi GIS. Jenayah merupakan fenomena negatif yang bertentangan dengan norma, etika,dan nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Jenayah yang paling kerap berlaku di bandar ialah jenayah harta benda dan kekerasan. Peningkatan pelakuan jenayah tersebut di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan sekolah di bandar turut terkena tempiasnya. Peningkatan pelakuan jenayah di luar kawasan sekolah boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Oleh itu kajian ini mengetengahkan kajian jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan tumpuan sekolah-sekolah. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu membangunkan pangkalan data jenayah yang utama berlaku di kawasan bandaraya Kota Kinabalu menggunakan GIS, menjalankan analisis GIS bagi menentukan corak pelakuan jenayah dalam kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu dan mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai sebagai kawalan terhadap pelakuan jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan data statistik jenayah harta benda dan kekerasan Kata Kinabalu bagi tahun 2018 yang telah diperoleh daripada Ibu Pejabat Palis Daerah (IPD) Kata Kinabalu. Data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan dua jenis analisis iaitu analisis corak dan analisis jarak. Analisis corak terdiri daripada teknik analisis Purata Kejiranan Terdekat (ANN), Densiti Kernel, Sisihan Piawaian Elips (SDE) dan pertindanan (overlay) secara persilangan manakala analisis jarak terdiri daripada teknik analisis penimbalan (buffer). Hasil kajian yang diperolehi merupakan peta corak densiti dan sebaran jenayah harta benda dan kekerasan. Berdasarkan peta corak densiti tersebut, didapati corak densiti tinggi jenayah harta benda terdapat di zon Kota Kinabalu manakala bagi jenayah kekerasan pula terdapat di dua zon iaitu Kota Kinabalu dan Signal Hill. Didapati tiada sekolah yang berada dalam kawasan corak densiti tinggi kedua-dua jenayah tersebut. Bagi corak sebaran pula, pertindihan sebaran kedua-kedua jenayah tersebut didapati berorientasi di tiga zon iaitu Kata Kinabalu, Signal Hill dan Sembulan. Didapati tiada sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan pertindihan kedua-dua jenayah itu di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, bagi kawasan pertindihan keseluruhan sebaran semua jenayah harta benda didapati lapan buah sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan itu seperti SM Lok Yuk Likas, SMK Shan Tao Likas, SM Teknik Likas, SMK Likas, SMK Perempuan Likas, SM Konven ST Francis, SM Tshung Tsin dan SM Kian Kok. Kajian ini menyumbang kepada bidang pemetaan jenayah dengan menggunakan analisis GIS yang pelbagai. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pihak polis, pihak sekolah dan pihak perancang bandar untuk mengatasi pelakuan jenayah yang semakin meningkat di bandar dan semestinya di kawasan tumpuan sekolah-sekolah yang turut terkesan dengan hal tersebut. Di samping itu, kajian ini juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan terutamanya berada di kawasan yang menjadi tumpuan jenayah.
format Thesis
author Lizalin Anak Kalang
author_facet Lizalin Anak Kalang
author_sort Lizalin Anak Kalang
title Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
title_short Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
title_full Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
title_fullStr Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
title_full_unstemmed Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
title_sort aplikasi gis dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di bandaraya kota kinabalu, sabah
publishDate 2020
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/
_version_ 1811684137130524672
spelling my.ums.eprints.409862024-09-13T02:01:36Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/ Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Lizalin Anak Kalang HV7935-8025 Administration and organization Geographic Information System (GIS) merupakan satu ontologi dan epistemologi ilmu yang boleh digunakan dalam kajian yang melibatkan dimensi ruangan. GIS dilihat dapat digunakan untuk membuat kajian dalam pelbagai bidang antaranya ialah bidang jenayah. Sehubungan dengan itu, pengkajian dan penelitian terhadap masalah jenayah menggunakan GIS pada masa kini masih lagi kurang penerapan. Maka, berhubung dengan masalah ini, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan jenayah dalam ruang menggunakan aplikasi GIS. Jenayah merupakan fenomena negatif yang bertentangan dengan norma, etika,dan nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Jenayah yang paling kerap berlaku di bandar ialah jenayah harta benda dan kekerasan. Peningkatan pelakuan jenayah tersebut di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan sekolah di bandar turut terkena tempiasnya. Peningkatan pelakuan jenayah di luar kawasan sekolah boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Oleh itu kajian ini mengetengahkan kajian jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan tumpuan sekolah-sekolah. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu membangunkan pangkalan data jenayah yang utama berlaku di kawasan bandaraya Kota Kinabalu menggunakan GIS, menjalankan analisis GIS bagi menentukan corak pelakuan jenayah dalam kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu dan mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai sebagai kawalan terhadap pelakuan jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah di bandaraya Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan data statistik jenayah harta benda dan kekerasan Kata Kinabalu bagi tahun 2018 yang telah diperoleh daripada Ibu Pejabat Palis Daerah (IPD) Kata Kinabalu. Data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan dua jenis analisis iaitu analisis corak dan analisis jarak. Analisis corak terdiri daripada teknik analisis Purata Kejiranan Terdekat (ANN), Densiti Kernel, Sisihan Piawaian Elips (SDE) dan pertindanan (overlay) secara persilangan manakala analisis jarak terdiri daripada teknik analisis penimbalan (buffer). Hasil kajian yang diperolehi merupakan peta corak densiti dan sebaran jenayah harta benda dan kekerasan. Berdasarkan peta corak densiti tersebut, didapati corak densiti tinggi jenayah harta benda terdapat di zon Kota Kinabalu manakala bagi jenayah kekerasan pula terdapat di dua zon iaitu Kota Kinabalu dan Signal Hill. Didapati tiada sekolah yang berada dalam kawasan corak densiti tinggi kedua-dua jenayah tersebut. Bagi corak sebaran pula, pertindihan sebaran kedua-kedua jenayah tersebut didapati berorientasi di tiga zon iaitu Kata Kinabalu, Signal Hill dan Sembulan. Didapati tiada sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan pertindihan kedua-dua jenayah itu di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, bagi kawasan pertindihan keseluruhan sebaran semua jenayah harta benda didapati lapan buah sekolah yang berada dalam lingkungan kawasan itu seperti SM Lok Yuk Likas, SMK Shan Tao Likas, SM Teknik Likas, SMK Likas, SMK Perempuan Likas, SM Konven ST Francis, SM Tshung Tsin dan SM Kian Kok. Kajian ini menyumbang kepada bidang pemetaan jenayah dengan menggunakan analisis GIS yang pelbagai. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pihak polis, pihak sekolah dan pihak perancang bandar untuk mengatasi pelakuan jenayah yang semakin meningkat di bandar dan semestinya di kawasan tumpuan sekolah-sekolah yang turut terkesan dengan hal tersebut. Di samping itu, kajian ini juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan terutamanya berada di kawasan yang menjadi tumpuan jenayah. 2020 Thesis NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/2/24%20PAGES.pdf text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40986/1/FULLTEXT.pdf Lizalin Anak Kalang (2020) Aplikasi GIS dalam corak pelakuan jenayah dan lokasi sekolah menengah di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
score 13.2014675