Pengaruh perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages terhadap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah

Kajian ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan mengenai pengaruh perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages terhadap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah. Objektif kajian ini adalah mengkaji tahap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah dan men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Fadilah Ahmad
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40917/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40917/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40917/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan mengenai pengaruh perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages terhadap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah. Objektif kajian ini adalah mengkaji tahap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah. Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif yang mengunakan analisis deskriptif serta analisis regrasi mudah bagi menjawab persoalan kajian. Manakala analisis faktor digunakan bagi mengenalpasti, mengurangkan, serta menyusun sebilangan besar item soal selidik ke dalam konstruk-konstruk tertentu. Item-item akan disusun mengikut dimensi agar faktor yang terbentuk sesuai dengan konteks kajian dan sekaligus akan mengesahkan validiti konstruk yang digunakan. Dapatan kajian mendapati tahap iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah berada pada tahap tinggi penting dengan nilai min sebanyak 3.68. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan konstruk Latihan mempunyai nilai min yang paling penting iaitu sebanyak 4.22 dan diikuti dengan komunikasi dengan tahap tinggi penting iaitu 3.88. Komitmen pengurusan berada pada tahap tinggi penting dengan nilai min sebanyak 3.48 dan akhir sekali penyertaan pekerja yang mempunyai tahap sederhana penting apabila mempunyai nilai min 3.16 sahaja. Manakala hasil analisis kajian mendapati bahawa faktorfaktor yang mempengaruhi iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah iaitu perjanjian kolektif, aktiviti kesatuan sekerja dan workstoppages diterima dan mempengaruhi iklim keselamatan dalam sektor perladangan sebanyak 34%. Hal ini menunjukkan bahawa setiap pertambahan peranan ahli kesatuan sekerja terhadap keselamatan akan meningkatkan iklim keselamatan sebanyak 25 peratus. Manakala, hasil ujian Anova mendapati nilai F= 31.371 dan signifikan .000 menunjukkan model regrasi ini boleh digunakan untuk meramal iklim keselamatan dalam sektor perladangan di Sabah.