Penilaian psikometrik instrumen sikap halal, personaliti dan komitmen halal dalam kalangan mualaf: Satu kajian rintis

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan instrument kajian. Untuk itu, instrumen yang diuji ialah instrumen Sikap Keputusan Pembelian Produk dan Perkhidmatan Halal, NEO Five Factor Inventory (NEO-FFI) dan A Five-Component Customer Commitment Model dalam kalangan mua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nadhirah Mohd Nashit, Nurul Hudani Md Nawi, Sariffuddin Mahmud, Faizah Md Nawi
Format: Article
Language:English
English
Published: Southeast Asia Psychology Journal 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40855/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40855/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40855/
https://doi.org/10.51200/sapj.v12i1.5076
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan instrument kajian. Untuk itu, instrumen yang diuji ialah instrumen Sikap Keputusan Pembelian Produk dan Perkhidmatan Halal, NEO Five Factor Inventory (NEO-FFI) dan A Five-Component Customer Commitment Model dalam kalangan mualaf di Kota Kinabalu, Sabah. Bagi tujuan tersebut, borang soal selidik telah diedarkan dan seramai 70 orang mualaf terlibat dalam kajian di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28. Penggunaan kaedah ini membolehkan pengkaji untuk menyingkirkan atau membuat penambahbaikan bagi item yang tidak memenuhi syarat kebolehpercayaan dan kesahan. Hasil kajian menunjukkan skor Cronbach Alpha adalah 0.808 bagi instrumen Sikap Keputusan Pembelian Produk/Pembelian Halal, 0.646 bagi NEO-FFI dan untuk instrumen A Five-Component Customer Commitment Model adalah 0.760. Manakala Pearson's r untuk Domain-Total Sikap Halal, NEO dan A Five-Component Customer Commitment masing-masing berada dalam julat 0.675-0.931, 0.444-0.730 dan 0.531- 0.747. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa ketiga-tiga instrumen boleh digunakan untuk kajian lapangan sebenar. Ujian awal sedemikian adalah penting dipraktiskan terutamanya dalam usaha untuk menggunakan instrumen tersebut dalam budaya yang berbeza sebelum penggunaannya diperluaskan bagi membolehkan hasil kajian yang diperolehi nanti dapat digeneralisasikan dalam populasi secara menyeluruh