Pilihan bahasa dalam kalangan generasi muda Murut

Etnik Murut merupakan salah satu suku kaum peribumi di negeri Sabah. Etnik Murut juga merupakan etnik yang ketiga besar selepas etnik Kadazandusun dan etnik Bajau. Dengan kemunculan Dialek Melayu Sabah (DMS), terdapat interaksi dan hubungan istimewa antara DMS dengan bahasa-bahasa yang dituturkan ol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wong, Mee Mee
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40732/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40732/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40732/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Etnik Murut merupakan salah satu suku kaum peribumi di negeri Sabah. Etnik Murut juga merupakan etnik yang ketiga besar selepas etnik Kadazandusun dan etnik Bajau. Dengan kemunculan Dialek Melayu Sabah (DMS), terdapat interaksi dan hubungan istimewa antara DMS dengan bahasa-bahasa yang dituturkan oleh etnik-etnik yang terdapat di negeri Sabah termasuk etnik Murut. Tesis ini bertujuan untuk menyelidik pemilihan bahasa dalam kalangan generasi muda Murut di Sabah. Kajian ini mengaplikasikan teori pilihan bahasa Fishman (1972) mengenai domain bahasa yang mempengaruhi pemilihan bahasa. Tiga domain pilihan bahasa telah diberi perhatian dalam kajian ini iaitu domain keluarga, persahabatan dan pendidikan. Borang soal selidik yang diagihkan juga menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi corak pemilihan dan penggunaan bahasa Murut dalam kalangan generasi muda etnik Murut. Bahagian temu bual pula mengubahsuaikan Senarai 100 Kata Swadesh dalam bentuk soalan untuk menguji kefasihan bahasa Murut serta tahap penguasaan bahasa Murut dalam kalangan generasi muda etnik Murut. Data kuantitatif diperoleh melalui tinjauan soal selidik, manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual bersemuka dan pemerhatian. Seramai tiga puluh tujuh responden dipilih berdasarkan kaedah pensampelan berstrata dan sepuluh orang responden ditemu bual. Hasil kajian mendapati bahawa DMS telah memperoleh peratusan yang tinggi dalam domain persahabatan dan hal ini secara langsung berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya jika dibandingkan dengan domain keluarga dan domain pendidikan. Hal ini juga selari dengan faktor mempengaruhi perubahan penggunaan bahasa ibunda generasi muda etnik Murut yang pertama iaitu, pergaulan harian yang berbeza mengikut individu berlainan yang mereka bertemu.