Unsur-unsur keajaiban dan unsur kepercayaan dalam Tangon Dusun Ranau

Budaya monusui (bercerita) ialah salah satu bentuk seni tradisional yang diturunkan dari satu generasi ke satu genarasi dalam kalangan etnik Dusun Ranau di Sabah. Monusui melibatkan, penceritaan cerita yang dikenali sebagai “tangon”, sebagai satu bentuk hiburan dan medium pendidikan secara tidak for...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Steefi Yalim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40566/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40566/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40566/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Budaya monusui (bercerita) ialah salah satu bentuk seni tradisional yang diturunkan dari satu generasi ke satu genarasi dalam kalangan etnik Dusun Ranau di Sabah. Monusui melibatkan, penceritaan cerita yang dikenali sebagai “tangon”, sebagai satu bentuk hiburan dan medium pendidikan secara tidak formal bagi mereka. Fokus kajian ini ialah unsur-unsur keajaiban yang terbayang dalam tangon Dusun Ranau. Unsur-unsur keajaiban ini menjelaskan magic atau magis, iaitu suatu pengaruh yang tidak dapat dijelaskan atau sesuatu yang luar biasa yang boleh menghasilkan sesuatu yang mengejutkan. Dalam kerja lapangan yang dilakukan di Daerah Ranau, sejumlah 42 buah tangon telah dikumpul. Setelah diteliti, sesetengah tangon didapati memiliki unsur-unsur keajaiban seperti “manusia dihidupkan semula”, “manusia melahirkan binatang”, “manusia menjelma menjadi binatang atau burung”, “manusia berkahwin dengan semangat” dan banyak lagi unsur keajaiban lain. Hasil analisis secara interpretasi mendapati tangon etnik Dusun Ranau didapati kaya dengan unsur-unsur keajaiban yang unik bagi budaya etnik Dusun Ranau sendiri. Selain itu, “tangon” Dusun Ranau juga menyelitkan unsur-unsur kepercayaan, yang menjadi sebahagian daripada amalan yang diamalkan oleh masyarakat Dusun pada suatu ketika dahulu. Keunikan ini menyimpulkan bahawa, pencipta tangon memiliki kreativiti dan imaginasi mereka yang tersendiri sesuai dengan budaya penciptanya. Oleh itu, unsur-unsur keajaiban dan unsur kepercayaan sedemikian penting untuk diketengahkan agar dapat dipelihara, menjadi sumber pengetahuan dan maklumat bagi pembaca umum serta penggiat seni khususnya dalam industri kreatif seperti penulisan, animasi, filem dan banyak lagi.