Faktor mempengaruhi kecenderungan pelajar antarabangsa ke Universiti Malaysia Sabah

Umum mengetahui bahawa enrolmen pelajar antarabangsa ke universiti dalam negara merupakan agenda vital untuk memartabatkan konsep pengantarabangsaan sekali gus mencapai status universiti bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggariskan dua (2) objektif utama iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Herlina Jupiter
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40561/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40561/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40561/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Umum mengetahui bahawa enrolmen pelajar antarabangsa ke universiti dalam negara merupakan agenda vital untuk memartabatkan konsep pengantarabangsaan sekali gus mencapai status universiti bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggariskan dua (2) objektif utama iaitu (i)mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran ke luar dari negara asal dan (ii)melakukan penilaian terhadap kecenderungan pelajar antarabangsa ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai destinasi pengajian luar negara. Kerangka Konseptual sarjana Suh Li Phang (2013) telah dijadikan rujukan sepanjang penyelidikan dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif. Seterusnya, seramai 20 responden daripada pelbagai kewarganegaraan telah dipilih secara rawak bagi mendapatkan data yang bersesuaian dengan tujuan kajian. Hasil penyelidikan mendapati bahawa, faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar antarabangsa ke UMS dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori signifikan iaitu (i) komunikasi (ii) lokasi dan (iii) sosial. Sebanyak satu (1) penemuan faktor bagi objektif pertama dan dua (2) penemuan faktor baharu untuk objektif kedua ditemui iaitu faktor kedudukan geografi bagi objektif pertama dan faktor inisiatif ejen serta faktor program pertukaran pelajar bagi objektif kedua. Sumbangan daripada penyelidikan ini adalah berbentuk pengetahuan tentang faktor pemilihan UMS sebagai destinasi pengajian dan seterusnya boleh diadaptasi bagi merangka strategi peningkatan jumlah pelajar antarabangsa yang menjamin kelestarian pendidikan tinggi.