Program bina upaya dalam kalangan komuniti miskin pengkultur rumpai laut melalui sistem mini estet dan kluster di Semporna, Sabah

Bina upaya merupakan satu proses peningkatan potensi sedia ada manusia. Keupayaan ini dibina berlandaskan kepada dua faktor iaitu dalaman dan luaran di mana faktor dalaman merupakan keinginan diri sendiri untuk mencari inisiatif dalam memajukan diri manakala faktor luaran pula lebih menjurus kepada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aisah Hossin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39464/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39464/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39464/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bina upaya merupakan satu proses peningkatan potensi sedia ada manusia. Keupayaan ini dibina berlandaskan kepada dua faktor iaitu dalaman dan luaran di mana faktor dalaman merupakan keinginan diri sendiri untuk mencari inisiatif dalam memajukan diri manakala faktor luaran pula lebih menjurus kepada keadaan sekeliling yang secara langsung atau tidak langsung dapat mempengaruhi individu tersebut contohnya oleh kerajaan atau swasta. Justeru, dalam kajian ini program Bina Upaya telah dilaksanakan oleh dua agensi pembangunan iaitu UMS dan Jabatan Perikanan sebagai faktor luaran dalam meningkatkan Bina Upaya komuniti melalui Sistem Mini Estet (PSME) dan Kluster (PSK). PSME dan PSK merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan aktiviti rumpai laut dan meningkatkan pendapatan komuniti khususnya di kawasan luar bandar. Justeru dalam PSME dan PSK pelbagai bentuk Bina Upaya telah disalurkan. Contohnya, bantuan infrastruktur; ceramah dan motivasi dan bantuan benih rumpai laut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan program bina upaya melalui PSME dan PSK ke atas KMPK di Pulau Selakan dan Pulau Bum-bum. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan reka bentuk kajian separa etnografi kerana penyelidik berada di lapangan secara pergi-balik dalam tempoh masa dua tahun bermula dari bulan Januari 2012 sehingg bulan Disember 2013. Dengan kata lain penyelidik tidak tinggal secara turut serta di lokasi kajian berterusan pada setiap masa sebagaimana pendekatan etnografi tulen. Justeru kaedah kutipan data pelbagai digunakan antaranya temu bual mendalam, pengamatan turut serta survey menggunakan borang soal selidik dan akhir sekali adalah bahan sumber dokumen. Kajian ini melibatkan seramai 31 orang informan dan 72 orang responden (bagi tujuan sosiodemografi) iaitu mereka yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PSME dan PSK. Dapatan kajian mendapati pelaksanaan program bina upaya melalui PSME dan PSK kurang berjaya meningkatkan bina upaya komuniti miskin pengkultur rumpai laut. Ini kerana proses pelaksanaan PSME dan PSK telah tersasar daripada jangkaan proses yang dibuat oleh agensi pembangunan dan sebaliknya telah melalui satu proses ‘Putaran limitasi Bina Upaya’. Keadaan ini akhirnya menyebabkan pengkultur kembali semula kepada sistem Konvensional dan kekal miskin tegar.