Penggunaan model mefots dalam meningkatkan pencapaian subtopik mekanisme fotosintesis sekolah luar bandar di Sandakan

Kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Model MeFots dalam meningkatkan pencapaian subtopik Mekanisme Fotosintesis khususnya di sekolah luar bandar. Model ini merupakan bahan bantu mengajar yang bertindak sebagai rawatan didasari oleh dua teori pembelajaran da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norazmie Jaharsan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39434/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39434/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39434/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan Model MeFots dalam meningkatkan pencapaian subtopik Mekanisme Fotosintesis khususnya di sekolah luar bandar. Model ini merupakan bahan bantu mengajar yang bertindak sebagai rawatan didasari oleh dua teori pembelajaran dan satu model pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian adalah pelajar tingkatan empat aliran Sains daripada sebuah sekolah luar bandar di Sandakan. Instrumen kajian iaitu ujian pencapaian (ujian pra-pasca) akan dianalisis menggunakan analisis ANCOVA bagi menguji hipotesis nol. Peningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca berbanding ujian pra selepas menggunakan Model MeFots menunjukkan bahawa murid telah memahami subtopik yang dikaji dengan lebih baik lagi. Dapatan kajian membuktikan perlunya penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses PdP berlangsung untuk memudahkan pemahaman mereka terhadap konsep yang abstrak khususnya bagi mata pelajaran Biologi.