Ikonografi reka bentuk dan motif kuron dan lapohan di Sabah

Kesenian dan kebudayaan merupakan cerminan wajah sesuatu bangsa. Negeri Sabah kaya dengan pelbagai keunikan dalam amalan kebudayaan tradisi mengikut etnik masing-masing. Hal ini, dapat dilihat dalam penghasilan kraf tangan tembikar yang dihasilkan secara tradisional oleh masyarakat Dusun Tindal iait...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Aisyah Othman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39428/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39428/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39428/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesenian dan kebudayaan merupakan cerminan wajah sesuatu bangsa. Negeri Sabah kaya dengan pelbagai keunikan dalam amalan kebudayaan tradisi mengikut etnik masing-masing. Hal ini, dapat dilihat dalam penghasilan kraf tangan tembikar yang dihasilkan secara tradisional oleh masyarakat Dusun Tindal iaitu tembikar Kuron yang bertempat di daerah Kota Belud manakala masyarakat Bajau laut menghasilkan tembikar Lapohan bertempat di daerah Semporna Sabah. Tembikar tradisional ini dikenali sebagai Kuron dan Lapohan yang mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang tersendiri yang harus diselidik secara teperinci. Kajian ini telah mencapai objektif iaitu dengan mencirikan tembikar tradisional kuron dan Lapohan. Kedua dapat mengkategorikan reka bentuk dan motif tembikar tradisional Kuron dan Lapohan serta dan yang ketiga dapat menganalisis jenis-jenis reka bentuk dan motif tembikar tradisonal Kuron dan Lapohan. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan jenis lapangan iaitu melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Selain itu, menggunakan teori kritikan ikonografi yang diperkenalkan oleh Edwin Panofsky melalui tiga bahagian analisis iaitu premier, sekunder dan makna yang membolehkan pengkaji secara perinci dari segi reka bentuk dan motif tembikar tradisional Sabah. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk menjelaskan keindahan dari segi struktur reka bentuk, motif dan teknik-teknik pembuatan serta kegunaan tembikar tradisi korun dan Lapohan dalam amalan tradisi masyarakat dusun dan bajau laut. Kajian ini juga mendapati elemen estetika dan formalistik dari segi reka bentuk dan motif tembikar memberikan fungsi yang signifikan dalam membantu menjalankan aktiviti kehidupan masyarakat.