Hubungan amalan kepimpinan servan, kompetensi komunikasi, personaliti guru besar serta budaya organisasi sekolah terhadap motivasi kerja guru

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan pengaruh amalan kepimpinan servan, kompetensi komunikasi, personaliti guru besar serta budaya organisasi sekolah terhadap motivasi kerja guru. Kaedah tinjauan melibatkan 480 orang guru sekolah rendah yang me ndapat Tawaran Baru di Sarawak ini, menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Relly Anak Tasap
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39414/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39414/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39414/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan pengaruh amalan kepimpinan servan, kompetensi komunikasi, personaliti guru besar serta budaya organisasi sekolah terhadap motivasi kerja guru. Kaedah tinjauan melibatkan 480 orang guru sekolah rendah yang me ndapat Tawaran Baru di Sarawak ini, menggunakan soal selidik amalan kepimpinan servan (Laub, 1999), kompetensi komunikasi (Valentine, 1981), personaliti guru besar (Goldberg, 1999), budaya organisasi sekolah (Wallach, 1983) dan motivasi kerja guru ( 2010) sebagai alat ukur kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0 dan AMOS 21.0, melibatkan Ujian Ujian-t, ANOVA Sehala, Korelasi Pearson, Regresi Berganda dan Analisis Laluan (SEM) pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pe rbezaan skor min yang signifikan kompetensi komunikasi guru besar, budaya organisasi sekolah dan motivasi kerja guru berdasarkan ciri demografi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan amalan kepimpinan servan dan personalit i guru besar dengan kompetensi komunikasinya. Keputusan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan amalan kepimpinan servan, kompetensi komunikasi dan personaliti guru besar dengan budaya organisasi sekolah. Didapati juga terdapat hubungan yang sig nifikan amalan kepimpinan servan, kompetensi komunikasi, personaliti guru besar dan budaya organisasi sekolah dengan motivasi kerja guru. Analisis Regresi Berganda menunjukkan amalan kepimpin servan memberi pengaruh yang signifikan terhadap kompetensi komu nikasi guru besar dan budaya organisasi sekolah. Keputusan juga menunjukkan budaya organisasi sekolah memberi pengaruh yang signifikan dominan terhadap motivasi kerja guru. Analisis Laluan menunjukkan terdapat hubungan secara langsung dan tidak langsung ya ng signifikan pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Justeru, aspek aspek-aspek ini perlu diberi perhatian oleh pentadbir dalam usaha meningkatkan motivasi kerja guru , demi kelangsungan kecemerlangan sekolah sekolah.