Penggunaan teknologi e-pembelajaran dan pengaruhnya terhadap kesejahteraan pekerja dalam kalangan kakitangan akademik di Universiti Malaysia Sabah

Revolusi industri 4.0 membawa impak yang besar dalam bidang pendidikan, yang mana telah menyebabkan wujudnya intergrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia. Implementasi teknologi boleh dilihat melalui pelaksanaan e-pembelajaran yang se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Shahzanani Binti Sudirman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39126/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39126/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39126/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Revolusi industri 4.0 membawa impak yang besar dalam bidang pendidikan, yang mana telah menyebabkan wujudnya intergrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di institusi pendidikan tinggi (IPT) Malaysia. Implementasi teknologi boleh dilihat melalui pelaksanaan e-pembelajaran yang semakin meluas di seluruh IPT di Malaysia termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS). Amalan penggunaan e-pembelajaran memberi banyak manfaat umum, seperti menyumbang kepada suasana pembelajaran yang menarik serta sistem pembelajaran yang lebih sistematik dan fleksibel. Namun begitu, kehadiran teknologi dalam pendidikan masa kini menjadi salah satu faktor terhadap kesejahteraan pekerja seperti isu keletihan, tekanan, emosi, kekaburan peranan dan tambahan beban kerja antarakesan akibat penggunaan teknologi dalam kalangan individu. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesejahteraan pekerja kakitangan akademik UMS akibat penggunaan teknologi e-pembelajaran melalui model UTAUT 2. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan rawak digunakan dengan seramai 274 orang kakitangan akademik UMS terlibat. Kajian menggunakan analisis deskriptif dan analisis statistik inferensi untuk analisis data kajian. Hasil deskriptif mendapati tahap penggunaan e-pembelajaran berada pada tahap tinggi yang membuktikan kakitangan akademik UMS menerima, mengguna dan mengamalkan e-pembelajaran. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan model UTAUT 2 signifikan dalam menilai pengaruh penggunaan teknologi terhadap kesejahteraan kehidupan-pekerjaan dan kesejahteraan psikologi pekerja. Dapatan kajian tersebut memperlihatkan dimensi jangkaan prestasi dan motivasi hedonik merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Di samping itu, dimensi tabiat menggunakan teknologi turut signifikan kepada kedua-dua pemboleh ubah bersandar. Berdasarkan dapatan ini, kakitangan akademik dicadangkan untuk menggunakan dan mengamalkan e-pembelajaran di tempat kerja kerana mampu meningkatkan prestasi kerja dan P&P menjadi lebih menarik. Kajian seterusnya disarankan untuk mengkaji dimensi “personal innovativeness” lanjutan model UTAUT 3 mengambil kira personaliti sebagai ukuran dalam penggunaan teknologi dalam kalangan kakitangan akademik.