Projek inovasi sekolah: Kajian kes di sekolah rendah kebangsaan Kanibongan, Pitas, Sabah

Projek Inovasi Sekolah telah diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan tujuan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pada ghalibnya, kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada pemantapan penguasaan bahasa dalam kala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Saifulazry Mokhtar, Mohd Azri Ibrahim, Abang Mohd Razif Abang Muis
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38735/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38735/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38735/
https://doi.org/10.35631/IJEPC.849007
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Inovasi Sekolah telah diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan tujuan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pada ghalibnya, kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada pemantapan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Persoalannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu disertakan dengan elemen inovasi agar dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan Projek Inovasi Sekolah dengan kajian kes di Sekolah Kanibongan, Pitas, Sabah . Elemen inovasi yang digunakan adalah berasaskan cerita rakyat tempatan daripada etnik Rungus dengan berjudul, “Kisah Si Tunsong dan Goholu” . Metodologi kajian yang digunakan bersifat ‘mixedmethod’, yakni menggabungkan antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Daripada cerita rakyat ini, beberapa aktiviti yang bersifat inovasi telah dianjurkan antaranya termasuklah tayangan video, penceritaan dan aktiviti pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti seumpama ini boleh memperkayakan lagi aktiviti pembelajaran pelajar berasaskan cerita rakyat tempatan. Pada masa sama pelajar turut dapat melalui pengalaman baharu yang bersifat interaktif lagi berinovatif dalam mempelajari bahasa kebangsaan.