Tradisi megalitik Batu Buaya, Santubong dari perspektif etnoarkeologi

Bahan kajian dalam penyelidikan arkeologi ini ialah Tapak Batu Buaya (TBB) di Santubong, Sarawak. Tapak ini merupakan salah satu tinggalan tradisi megalitik di Santubong yang dahulunya pernah dipuja dan dianggap memiliki semangat oleh penduduk tempatan. Berdasarkan hasil tinjauan awal yang telah dij...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Durasima Nameing
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38712/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38712/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38712/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahan kajian dalam penyelidikan arkeologi ini ialah Tapak Batu Buaya (TBB) di Santubong, Sarawak. Tapak ini merupakan salah satu tinggalan tradisi megalitik di Santubong yang dahulunya pernah dipuja dan dianggap memiliki semangat oleh penduduk tempatan. Berdasarkan hasil tinjauan awal yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa TBB mempunyai nilai sejarah yang begitu signifikan bagi masyarakat di Santubong namun diabaikan dari segi pemeliharaan tapak akibat peredaran zaman yang semakin membangun serta faktor geografi TBB yang terletak di muara sungai. Kajian yang berasaskan kerja lapangan ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian secara langsung untuk mengumpul data di tapak kajian. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa TBB menepati definisi tradisi megalitik serta dikaitkan dengan legenda Datuk Merpati dan tapak pembunuhan Sultan Tengah iaitu sultan yang pertama dan terakhir di Sarawak. Bagi memastikan apakah jenis buaya yang dikaitkan dengan legenda TBB, maka survei arkeologi di tapak kajian telah dikendalikan. Antara data yang diperolehi ialah ukuran tapak serta klasifikasi jenis-jenis buaya. Hasil kajian mendapati bahawa TBB mirip kepada buaya jenis C. Porosus yang hidup di air masin. Selain itu, TBB merupakan sebuah tapak yang sangat rapat dengan kepercayaan, pemikiran dan juga sejarah demografi penduduk tempatan di Santubong. Seterusnya, berdasarkan perbandingan keadaan fizikal tapak melalui survei yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa berlakunya perubahan dari segi fizikal tapak TBB berbanding dengan kajian Harrisson (1969). Secara keseluruhannya, kajian ini telah memperlihatkan bahawa TBB mulai berfungsi teguh dalam kebudayaan masyarakat setempat pada awal abad ke-15.