Implikasi pandemik COVID-19 terhadap usahawan kiosk pusat membeli-belah 1 Borneo
Coronavirus telah menular hampir di setiap pelusuk dunia. Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global yang memberi kesan terhadap sosio-ekonomi dunia. Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38660/2/ABSTRAK.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38660/1/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38660/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Coronavirus telah menular hampir di setiap pelusuk dunia. Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global yang memberi kesan terhadap sosio-ekonomi dunia. Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan salah satu penyumbang utama dalam keluaran dalam negeri kasar (KDNK) begitu terjejas. Hal ini disebabkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan oleh kerajaan berikutan pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai sektor industri terpaksa menghentikan perniagaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji implikasi pandemik COVID-19 terhadap peniaga kiosk di pusat membeli-belah 1 Borneo dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 telah memberi impak kepada pengusaha kiosk disebabkan kurangnya pelanggan semasa PKP dilaksanakan (skor min = 4.64), pendapatan jualan menurun dengan majoritinya RM3000 ke bawah sebulan (skor min = 4.54), dan kutipan jualan harian tidak dapat menampung modal yang diperlukan (skor min = 4.12). Justeru itu, berdasarkan hasil kajian kesan Pandemik COVID -19 terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana, pihak terlibat perlu mengambil langkah dan strategi untuk membantu mereka yang terjejas dengan menyediakan pelbagai inisiatif yang lebih berkesan dan komprehensif dalam menangani situasi ini. |
---|