Hubungkait diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial: Kajian kes di Sabah, Malaysia

Kepimpinan biasanya dikaitkan dengan aspek pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial. Bagi memahami perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial ini maka satu kajian kes telah dijalankan di negeri Sabah, Malaysia. Bagi maksud tersebut pendekatan mixed method...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saidatul Badru Mohd. Said, Ismail Ali, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar, Romzi Ationg
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellent 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38405/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38405/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38405/
https://doi.org/10.35631/IJEMP.621012
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepimpinan biasanya dikaitkan dengan aspek pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial. Bagi memahami perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial ini maka satu kajian kes telah dijalankan di negeri Sabah, Malaysia. Bagi maksud tersebut pendekatan mixed method telah digunapakai bagi membolehkan data kualitatif diperolehi melalui rujukan sumber sekunder dan temubual dengan responden terpilih serta data kuantitatif dapat dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik yang dibentuk oleh penyelidik. Seramai 8 orang responden dipilih bagi sesi temubual untuk mendapatkan data kualitatif dan seramai 100 orang responden terpilih untuk memberikan maklumbalas menggunakan borang soal selidik yang dimaksudkan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Berdasarkan analisis data kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi ini adalah didapati bahawa sememangnya wujud perkaitan signifikan diantara kepimpinan, pembangunan ekonomi dan keharmonian sosial di Sabah, Malaysia. Menyedari hakikat ini adalah diharapkan pihak berwajib dapat merangka dan seterusnya melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan daya kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelbagai peringkat di Sabah, Malaysia mahupun di tempat lain untuk memastikan pembangunan ekonomi dan keharminian sosial dapat terus diperkasa serta dilestarikan.