Faktor pemilihan pelancong terharap sektor perkhidmatan terpilih semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah

Kajian ini membincangkan tentang penentuan faktor pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan terpilih semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat empat sektor perkhidmatan terpilih yang menjadi tumpuan pelancong antaranya sektor penginapan, sektor pengangkutan, sektor makanan dan minum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Pirdaus Yusoh, Nurul Izzah Ismail, Ang, Kean Hua, Mohd Jirey Kumalah
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38403/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38403/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38403/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang penentuan faktor pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan terpilih semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat empat sektor perkhidmatan terpilih yang menjadi tumpuan pelancong antaranya sektor penginapan, sektor pengangkutan, sektor makanan dan minuman serta sektor beli-belah. Secara umumnya, kajian mengenai faktor pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan ini masih kurang dan sangat terhad di kaji oleh penyelidik. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri pemilihan pelancong di Kota Kinabalu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kuantitatif. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 280 orang pelancong domestik yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati faktor yang paling utama mempengaruhi pelancong dalam melakukan pemilihan terhadap sektor perkhidmatan adalah faktor harga atau kos yang paling murah dan berbaloi iaitu sebanyak 24 peratus. Manakala faktor layanan pula mencatatkan nilai yang sederhana dengan 10 peratus dan faktor privasi mencatatkan nilai yang terendah dengan hanya 6 peratus. Hal ini jelas menunjukkan bahawa harga atau kos merupakan faktor utama yang mempengaruhi ciri pemilihan pelancong domestik di Kota Kinabalu. Isu peningkatan harga barangan ketika ini juga telah mengurangkan kuasa beli isi rumah terutamanya melibatkan golongan B40 serta sebahagian kelompok M40. Hal ini sekaligus menyebabkan mereka terpaksa mengubah corak perbelanjaan seperti memilih atau menggunakan barang atau perkhidmatan yang murah kerana mereka kini terpaksa membuat perancangan sebelum berbelanja. Penentuan faktor ini membolehkan pihak pemegang taruh dalam sektor pelancongan dapat menentukan tawaran pakej atau perkhidmatan yang sesuai kepada para pelancong khususnya pelancong domestik. Oleh itu, kefahaman terhadap ciri pemilihan pelancong terhadap sektor perkhidmatan ini penting dalam perkembangan industri pelancongan.