Budaya nasional Hofstede dan persepsi pelajar Hubungan Industri, Universiti Malaysia Sabah terhadap E Pembelajaran ketika pandemik Covid-19

Model Budaya National Hofstede mengetengahkan empat (4) dimensi iaitu budaya individualisme-kolektivisme, jarak kuasa, maskulin-feminin dan mengelakkan ketidakpastian. Model Hosfede mempengaruhi tingkahlaku individu dalam satu persekitaran budaya seperti pembelajaran dalam talian yang digunakan apab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof
Format: Article
Language:English
English
Published: Academic Inspired Network 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38358/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38358/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38358/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Model Budaya National Hofstede mengetengahkan empat (4) dimensi iaitu budaya individualisme-kolektivisme, jarak kuasa, maskulin-feminin dan mengelakkan ketidakpastian. Model Hosfede mempengaruhi tingkahlaku individu dalam satu persekitaran budaya seperti pembelajaran dalam talian yang digunakan apabila berlaku pandemik COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, perbincangan dalam artikel ini melihat bagaimana nilai budaya Malaysia mempengaruhi penerimaan teknologi menerusi Epembelajaran dalam kalangan mahasiswa Hubungan Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini menumpukan kepada penggunaan smartv3 iaitu Learning Management System (LMS) yang disediakan untuk mahasiswa/i dan pensyarah di UMS. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan analisis data deskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis diskriptif, dimensi mengelak ketidakpastian dan sikap kolektivisme berada pada tahap tinggi. Mahasiswa dalam kajian ini menggunakan e-pembelajaran untuk mengelak ketidakpastian dalam proses pembelajaran dan sikap kolektivisma masih kekal sebagai budaya rakyat Malaysia yang mendorong pelajar menerima E-pembelajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa penerimaan teknologi menerusi E-pembelajaran berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan mahasiswa/i memanfaatkan sepenuhnya medium Epembelajaran ketika PKP. Analisis regresi mendapati bahawa dimensi budaya Hofstede mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan teknologi. Dengan Technology Acceptance Model (TAM), penerimaan terhadap teknologi terbahagi kepada tanggapan kebergunaan teknologi dan tanggapan mudah digunakan. Kajian ini mendapati budaya National Hofstede mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap persepsi mengunakan Smartv3 sebagai tanggapan kebergunaan. Sikap kolektivisma menjadi peramal yang dominan dalam mempengaruhi mahasiswa/i menggunakan E-pembelajaran, diikuti dengan dimensi mengelak ketidakpastian. Ini menunjukkan ketika PKP, mahasiswa/i mengunakan E- pembelajaran dan mereka sangat mementingkan maklumat, panduan dan pemantauan daripada para pensyarah untuk mendapatkan informasi lengkap berkaitan pengajian mereka.