Unsur politik dan pentadbiran dalam pesta ‘Magahau’ etnik Momogun Rungus di Sabah, Malaysia
Magahau merupakan perayaan terbesar etnik Momogun Rungus di Sabah dan dirayakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Perayaan ini mula dirayakan secara besar-besaran pada 2009 sebagai lanjutan daripada Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong (2009), anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Mat...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38259/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38259/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38259/ https://doi.org/ 10.35631/IJLGC.831002 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Magahau merupakan perayaan terbesar etnik Momogun Rungus di Sabah dan dirayakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Perayaan ini mula dirayakan secara besar-besaran pada 2009 sebagai lanjutan daripada Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong (2009), anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Matunggong yang menetapkan supaya perayaan tersebut diadakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Konvensyen yang dihadiri oleh pengamal Undang-undang Adat Rungus dari seluruh Daerah Kudat, Daerah Kecil Matunggong, Daerah Kota Marudu dan Daerah Pitas iaitu daerah-daerah yang mempunyai penduduk Rungus yang ramai menyedari bahawa pada masa dahulu, lazimnya Magahau dirayakan oleh beberapa kampung atau sekurang-kurangnya satu kampung atau beberapa keluarga. Ini menyebabkan perwakilan memutuskan bahawa Magahau adalah perayaan yang dianggap besar oleh etnik Momogun Rungus. Sebagai perayaan besar Magahau turut dianggap sebagai suatu perayaan yang menonjolkan unsur polutik dan pentadbiran yang tidak disedari oleh pelbagai pihak. Sehubungan itu, berdasarkan penggunaan kaedah kualitatif bagi pungutan maklumat berkaitan maka kertas kerja ini mengetengahkan perbincangan tentang unsur politik dan pentadbiran dalam pesta Magahau yang diadakan saban tahun oleh etnik Momogun Rungus di Sabah. |
---|