Teori Migrasi Masyarakat Bajau Di Mengkabong, Pantai Barat Borneo Utara

Makalah ini ingin melihat sejauh mana perbincangan berkaitan teori migrasi masyarakat Bajau di Mengkabong, Pantai Barat Borneo Utara. Kajian ini akan membincangkan berkaitan perkembangan masyarakat Bajau di lokasi yang dinyatakan meliputi teori asal usul, populasi dan sosioekonomi masyarakat ini. Be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusry Sulaiman, Mosli Tarsat, Rizal Zamani Idris
Format: Article
Language:English
English
Published: University of Malaya 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38142/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38142/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38142/
https://doi.org/10.22452/sejarah.vol32no1.2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini ingin melihat sejauh mana perbincangan berkaitan teori migrasi masyarakat Bajau di Mengkabong, Pantai Barat Borneo Utara. Kajian ini akan membincangkan berkaitan perkembangan masyarakat Bajau di lokasi yang dinyatakan meliputi teori asal usul, populasi dan sosioekonomi masyarakat ini. Berdasarkan kajian lepas, didapati tumpuan terhadap penyelidikan masyarakat Bajau Mengkabong kurang mendapat perhatian terutamanya teori imigrasi sama ada dari Johor atau Kepulauan Filipina yang masih dipersoalkan sehingga hari ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dan berbentuk kualitatif. Bahan dan sumber bagi kajian ini diperoleh dari Arkib Negeri Sabah, Arkib Negara Malaysia, Pejabat Ketua Menteri Sabah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati masyarakat Bajau adalah berasal dari Kepulauan Johor-Riau. Hal ini turut turut disokong oleh para sarjana yang menyatakan terdapat persamaan ciri-ciri fizikal, linguistik mahupun budaya antara masyarakat Bajau di Mengkabong dan masyarakat Melayu dari Kepulauan Johor-Riau.