Malaria di Sabah : Sejarah pembasmian dan pengawalan, 1881-2012

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji epidemiologi penyakit malaria di Sabah sejak era kolonial hingga abad abad ke-21 dengan menumpukan kepada isu berkaitan kewujudan penyakit, transmisi dan kawalan ke atas penyakit tersebut. Secara khususnya ia cuba menjawab permasalahan mengapa penyakit ini terus m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ruth Christopher Munan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37936/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37936/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37936/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji epidemiologi penyakit malaria di Sabah sejak era kolonial hingga abad abad ke-21 dengan menumpukan kepada isu berkaitan kewujudan penyakit, transmisi dan kawalan ke atas penyakit tersebut. Secara khususnya ia cuba menjawab permasalahan mengapa penyakit ini terus mengancam penduduk Sabah sedangkan pelbagai usaha pembasmian dan kawalan sudah dilakukan untuk menangani masalah ini. Penyelidikan yang menggunakan pendekatan sejarah ini bergantung kepada sumber primer dan sekunder yang diperolehi daripada kajian arkib, perpustakaan, lapangan dan laman sesawang. Kajian mendapati bahawa masalah malaria sudah wujud sejak era kolonialisme disebabkan oleh pembukaan tanah perladangan dan pembersihan kawasan hutan untuk tujuan memenuhi keperluan kapitalisme, dan selepas tempoh lebih 100 tahun, penyakit ini masih diberi perhatian kerana kemunculan malaria baru atau apa yg dikenali sebagai zoonotic malaria/ lantas meletakkan Sabah sebagai salah satu kawasan yang mempunyai kes tertinggi di dunia. Sepanjang tempoh kajian, kerajaan telah memperkenalkan dan melaksanakan program pembasmian dan kawalan malaria melalui aktiviti penyemburan, penyediaan akses kesihatan, penyelidikan berterusan, kempen kesedaran dan pemantauan program. Namun demikian, insiden kes malaria tidak dapat dihapuskan sepenuhnya kerana wujudnya faktor-faktor seperti faktor fizikal Sabah, perkhidmatan kesihatan yang tidak mencukupi, kemunculan vektor baru, kegiatan pertanian dan perladangan, serta pergerakan penduduk.