Relawan ISMA dan bantuan Covid-19 di kampung pelupusan sampah di Sandakan, Sabah

Relawan Muda ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) merupakan NGO yang ditubuhkan pada Disember 2020 bermotokan “Dakwah Berkebajikan”. Gerak kerja NGO ini memfokuskan kepada tajmik atau mengajak seramai mungkin anak muda untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Ia bukan sekadar melakukan kerja kebajikan deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraya Sintang, Mohamed Rahmat Tandra
Format: Article
Language:English
English
Published: Association of Malaysian Researchers and Social Services
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37804/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37804/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37804/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Relawan Muda ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) merupakan NGO yang ditubuhkan pada Disember 2020 bermotokan “Dakwah Berkebajikan”. Gerak kerja NGO ini memfokuskan kepada tajmik atau mengajak seramai mungkin anak muda untuk melakukan kerja-kerja kebajikan. Ia bukan sekadar melakukan kerja kebajikan dengan menyantuni asnaf yang memerlukan, tetapi juga tarbiyah anak muda dan peduli ummah melalui pendekatan untuk menarik anak muda agar merasa seronok melakukan kerja-kerja kebajikan. Makalah ini bertujuan menjelaskan aktiviti kerja amal yang dijalankan oleh Relawan Muda ISMA daerah Sandakan dengan memfokuskan perbincangan mengenai bantuan Covid-19 di kampung pelupusan sampah, Sandakan. Metode kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian ikut serta dan temubual mendalam bersama wakil pemimpin Relawan Muda ISMA dan wakil penduduk kampung tersebut. Hasil kajian mendapati NGO Islam bergerak menyantuni golongan yang memerlukan atas dasar kemanusiaan dan rasa keinsanan untuk berkongsi rezeki dan prihatin terhadap keperitan hidup yang dilalui orang lain. Melalui kajian ini, kerangka konsep ta’awun dan dhu’afa daripada perspektif Islam dapat dibangunkan berdasarkan konteks dan keperluan masyarakat setempat demi kesejahteraan negara.