Pengaruh amalan dan persepsi guru tentang KSSR dengan motivasi kerja dalam kalangan guru di daerah Kota Marudu

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauhmana tahap, perbezaan, hubungan, dan pengaruh amalan dan persepsi guru tentang KSSR dengan motivasi kerja guru dalam kalangan guru-guru di daerah Kota Marudu. Reka bentuk kajian yang digunakan pengkajian dalam kajian ini adalah menggunakan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sanaleh Daud
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37749/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37749/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37749/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauhmana tahap, perbezaan, hubungan, dan pengaruh amalan dan persepsi guru tentang KSSR dengan motivasi kerja guru dalam kalangan guru-guru di daerah Kota Marudu. Reka bentuk kajian yang digunakan pengkajian dalam kajian ini adalah menggunakan kajian deskriptif dan berbentuk kuantitatif. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru, dan persepsi guru. Manakala pembolehubah bersandar ialah motivasi guru. Populasi kajian adalah semua guru-guru yang mengajar tahun satu, dua dan tiga di semua 33 buah sekolah manakala kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan bukan rawak dengan teknik persampelan purposif. Pemilihan sampel teknik bertujuan ini adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh penyelidik khusus untuk mendapat sampel kajian yang dikehendaki iaitu seramai 234 orang sampel dari 29 buah sekolah yang terlibat. Data dikutip menggunakan instrumen soal selidik dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS 16.0 For Windows. Tahap skor min bagi amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru dalam KSSR adalah pada tahap yang tinggi (3.93) dan tahap persepsi guru tentang KSSR adalah sederhana (3.61) manakala tahap motivasi guru adalah paling tinggi iaitu dengan skor min 4.15. Manakala pengaruh amalan dan persepsi tentang KSSR terhadap motivasi kerja guru ( R2=36.1 %.), Persepsi Guru (32.1 % ) lebih mempengaruhi Motivasi daripada Amal an Strategi Guru kerana Amal an Strategi Guru hanya mampu mempengaruhi Motivasi sebanyak 4%. Cadangan dan juga kajian lanjutan ada dinyatakan dalam kajian ini.