Peranan personaliti introvert dalam hubungan antara perapatan, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki : satu kajian di pusat pemulihan di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Kajian ini juga bertujuan untuk menguji peranan personaliti introvert dalam hubungan antara perapatan ib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dasing Matanggal
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37739/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37739/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37739/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana hubungan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Kajian ini juga bertujuan untuk menguji peranan personaliti introvert dalam hubungan antara perapatan ibu bapa, perapatan rakan sebaya, pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Seramai 420 orang responden digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada golongan remaja lelaki berumur lingkungan 14 hingga 21 tahun dari tiga buah pusat pemulihan akhlak di Sabah iaitu Sekolah Henry Gurney Keningau, Sekolah Henry Gurney Kepayan dan Sekolah Tunas Bakti Inanam. Satu set borang selidik digunakan untuk mengukur faktor-faktor pembolehubah bebas dan bersandar serta moderator yang terlibat. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences {SPSS) Version 20 for windows. Hasil analisis mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan seks dan penghargaan kendiri dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Keputusan regresi hierarki liner mendapati bahawa personaliti introvert merupakan moderator antara hubungan pendidikan seks dengan tingkah laku seksual bebas remaja lelaki. Kajian ini memberi pemahaman baru mengenai sumbangan aspek personaliti, pendidikan seks dan pengargaan kendiri dalam meramal tingkah laku seksual bebas remaja lelaki.