Program pembangunan profesionalisme guru, faktor stres kerja terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah

Kajian ini bertujuan bagi menentukan kekuatan pengaruh kehadiran dalam PPPG dan faktor stres guru terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Kaedah kajian kuantitatif adalah bersandarkan kepada reka bentuk kajian eks pas fakto yang dilaksanakan bagi mengkaji interaksi antara dimensi-dimen...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Dewi Isma Madzlan @ Madlan
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37717/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37717/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37717/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan bagi menentukan kekuatan pengaruh kehadiran dalam PPPG dan faktor stres guru terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Kaedah kajian kuantitatif adalah bersandarkan kepada reka bentuk kajian eks pas fakto yang dilaksanakan bagi mengkaji interaksi antara dimensi-dimensi dalam kehadiran Program Pembangunan Profesionalisme Guru (PPPG), faktor stres kerja dan efikasi guru. Instrumen yang terlibat dalam kajian adalah Teachers Stress Inventory (TSI) dan Teachers' Sense of Efficacy Scale (TSES) bagi mengumpul data daripada 722 responden yang telah melengkapkan borang seal selidik daripada 19 buah sekolah menengah di lima daerah di Sabah. Persampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi membentangkan dapatan kajian. Data inferensi dianalisis menggunakan Korelasi Pearson dan Regrasi Berganda. Hasil analisis mendapati kepercayaan efikasi adalah berada pada aras yang tinggi dan aras faktor stres kerja berada pada aras yang sederhana. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan pada aras hubungan yang rendah antara kehadiran PPPG dengan faktor stres kerja guru, manakala dapatan korelasi yang signifikan diperolehi antara kehadiran PPPG dengan efikasi guru pada aras hubungan yang rendah. Dapatan korelasi antara faktor stres kerja dengan efikasi adalah pada magnitud hubungan songsang. Analisis regrasi menunjukkan kehadiran PPPG dan faktor stres kerja adalah peramal yang signifikan kepada pembentukan efikasi guru. Implikasi kajian mengesahkan teori kognitif sosial oleh Bandura (1997) yang menerangkan interaksi antara persekitaran dengan unsur personal (kognitif dan perubahan fisiologi) menghasilkan tindakan atau tingkahlaku bagi menyesuaikannya dengan peristiwa-peristiwa yang dihadapi yang menjadi sandaran kepada pembentukan efikasi kendiri. Implikasi dalam amalan juga memberi pengetahuan baharu tentang latihan profesionalisme yang wajar diperluaskan kehadiran dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum, ICT, HEP dan Pentadbiran dalam kalangan guru. Organisasi sekolah juga perlu sentiasa menganjurkan kursus dalaman yang berbentuk peningkatan profesionalisme yang dapat memberi manfaat kepada guru-guru khususnya guru novis dan juga guruguru yang menghampiri tempoh tamat perkhidmatan. Kajian yang lebih meluas dan mendalam mengenai efikasi disarankan bagi kajian lanjutan agar produk pelajar yang cemerlang dapat dilahirkan di masa akan datang. Kaedah kajian kualitatif adalah disyorkan bagi memperoleh data dan dapatan yang mungkin berbeza dari kaedah kuantitatif.