Integriti dan kepuasan kerja menurut perspektif Islam serta hubungannya dengan prestasi kerja dalam kalangan guru Pendidikan Islam

Kajian ini bertujuan melihat hubungan dan sumbangan antara tiga variabel iaitu kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI), integriti dan prestasi kerja Guru Pendidikan Islam (GPI) .Kajian ini juga menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kuantitatif daripada 385 orang Guru Pendidikan Islam...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Halimatus Saadiah Mat Saad
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37629/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37629/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37629/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan melihat hubungan dan sumbangan antara tiga variabel iaitu kepuasan kerja menurut perspektif Islam (KKI), integriti dan prestasi kerja Guru Pendidikan Islam (GPI) .Kajian ini juga menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kuantitatif daripada 385 orang Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di sekitar negeri Sabah. Data kajian dianalisis menggunakan pakej Statistik SPSS versi 18 dan perisian AMOS versi 18. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif (min dan sisihan piawai) dan analisis inferens dengan menggunakan ujian-ujian statistik parametrik iaitu ujian MANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Selanjutnya kajian diteruskan lagi dengan analisis laluan model persamaan struktur (SE/vf) untuk menguji model yang telah dicadangkan oleh penyelidik. Dapatan utama kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan pada tiga dimensi KKI (ruhiwah, intelektual dan sosial) terhadap prestasi kerja melalui integriti. Analisis regresi berganda menunjukkan secara signifikan, tiga daripada empat peramal mempunyai pengaruh terhadap integriti, iaitu peramal KKI ruhiwah, KKI Intelek dan KKI sosial. Sementara KKI material tidak menjadi peramal kepada integriti. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan mempunyai kesepadanan dan mengukuhkan lagi dapatan analisis regresi berganda yang dicadangkan. Di akhir kajian ini, cadangan dibuat untuk menyepadukan kepuasan kerja menurut perspektif Islam dalam meningkatkan integriti bagi mencapai agenda pendidikan untuk mencapai prestasi kerja Guru Pendidikan Islam yang mantap.