Kepimpinan tranformasional dalam membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang cemerlang
Kajian ini bertujuan untuk meneroka manifestasi amalan kepimpinan transformasional guru besar dalam memainkan peranan untuk membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran di tiga buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Daerah Kota Kinabalu. Kajian kuantitatif ini meneroka hubungan antara...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37577/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37577/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37577/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka manifestasi amalan kepimpinan transformasional guru besar dalam memainkan peranan untuk membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran di tiga buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Daerah Kota Kinabalu. Kajian kuantitatif ini meneroka hubungan antara amalan kepimpinan transformasional guru besar dengan pembangunan sekolah sebagai organisasi pembelajaran serta pengaruhnya. Dua instrumen tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini; pertama, Multi Factor Leadership Questinaire (MLQ) yang diadaptasi dari Boss and Avolio (1992), dan kedua, Dimensions of The Learning Organization Questionaire (DLOQ) yang direka oleh Watkins dan Marsick (1999). Dapatan kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach masingmasing ialah 0.98 dan 0.91. Seramai 204 orang guru telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Kesemua borang seal selidik yang lengkap telah dipulangkan dan didapati amat berguna serta boleh dikemukakan untuk analisis statistik dengan menggunakan perisian ''Statistical Package for Social Science" (SPSS), versi 16.0. Persepsi guru-guru terhadap guru besar mereka menunjukkan tahap amalan kepimpinan transformasional yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ciri-ciri sekolah sebagai organisasi pembelajaran adalah kuat. Keputusan ujian korelasi Pearson menunjukkan tiga dimensi kepimpinan transformasional mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan ciri-ciri sekolah sebagai organisasi pembelajaran, manakala hanya satu dimensi, iaitu dimensi motivasi berinspirasi mempunyai hubungan positif yang tinggi (r=0.73). Dapatan hasil kajian juga menunjukkan bahawa hanya dimensi motivasi berinspirasi (/3 = 0.52) dan meransang intelektual (/3 = 0.25) bagi kepimpinan transformasional menjadi peramal kepada pembangunan sebagai organisasi pembelajaran. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan |
---|