Hubungan antara persepsi guru dengan impak pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPKS) di sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara persepsi guru dengan impak pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) di sekolahsekolah di daerah Kota Marudu. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara rawak. Terdapat 3 persoalan kajian dikemukakan oleh pengkaji....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: George Jod Bungas
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36751/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36751/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36751/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara persepsi guru dengan impak pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) di sekolahsekolah di daerah Kota Marudu. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara rawak. Terdapat 3 persoalan kajian dikemukakan oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 20.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian-t dan Anova Satu Hala. Pengkaji telah berjaya menjawab kesemua objektif kajian yang dikemukakan. Antara objektif kajian yang dikemukakan termasuklah mengenalpasti perbezaan skor min yang signifikan persepsi guru selepas pelaksanaan SPKS di sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu berdasarkan jantina dan kelayakan akademik, mengenalpasti perbezaan skor min yang signifikan kesan pelaksanaan SPKS terhadap guru di daerah Kata Marudu berdasarkan jantina dan kelayakan akademik serta mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara persepsi guru dengan kesan pelaksanaan SPKS terhadap guru-guru di daerah Kata Marudu. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi manfaat kepada pengkaji, sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia.