Penilaian Proses Program Ko-Kurikulum Berkredit Universiti Malaysia Sabah

Penubuhan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar sejak tahun 2002 menuntut kewajaran suatu kajian penilaian dilaksanakan bagi meninjau pelaksanaannya. Tujuan kajian adalah untuk menilai tahap kesesuaian dan tahap kemahiran insaniah Program Ko-Kurikulum Berkredit di Universiti Malaysia Sabah. Pendeka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Crispina Gregory K Han, Mohammad Azri Amatan, Jurry Foo, Colonius Atang, Connie Cassy Ompok
Format: Article
Language:English
English
Published: Secholian Publication (Kuala Lumpur, Malaysia) 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36628/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36628/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36628/
https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i6.2391
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penubuhan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar sejak tahun 2002 menuntut kewajaran suatu kajian penilaian dilaksanakan bagi meninjau pelaksanaannya. Tujuan kajian adalah untuk menilai tahap kesesuaian dan tahap kemahiran insaniah Program Ko-Kurikulum Berkredit di Universiti Malaysia Sabah. Pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan hirisan rentas digunakan dalam kajian penilaian ini. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik melibatkan seramai 547 pelajar di Semester 2 Sesi 2021-2022 Universiti Malaysia Sabah. Sampel diperoleh menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan untuk penganalisisan data. Hasil kajian mendapati 65.8% responden menyatakan jumlah jam kredit kursus-kursus ko-kurikulum berkredit di Universiti Malaysia Sabah adalah pada tahap sesuai dan sangat sesuai untuk dilaksanakan. Seramai 75% responden pula menyatakan kursus-kursus program ko-kurikulum berkredit yang ditawarkan adalah pada tahap sesuai dan sangat sesuai. Hasil kajian juga mendapati tahap kemahiran insaniah seperti kerja berkumpulan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar berada pada tahap tinggi. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kursus-kursus ko-kurikulum berkredit di Universiti Malaysia Sabah mempunyai kewajaran untuk diteruskan dan ditambah baik.