Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah laterit di kawasan Timur Telupid, Sabah

Kawasan kajian ini terletak pada garis bujur ll 7°06'T sehingga 117°13 'T dan garis lintang antara 05°36'U hingga 05°40'U yang terdiri daripada batuan ultrabes yang merupakan ahli kepada jujukan ofiolit. Stratigrafi kawasan kajian ini terdiri daripada jujukan ofiolit, kumpulan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Wahyuni Mohamad Azlan
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36221/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36221/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36221/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan kajian ini terletak pada garis bujur ll 7°06'T sehingga 117°13 'T dan garis lintang antara 05°36'U hingga 05°40'U yang terdiri daripada batuan ultrabes yang merupakan ahli kepada jujukan ofiolit. Stratigrafi kawasan kajian ini terdiri daripada jujukan ofiolit, kumpulan melange dan juga endapan kuartener. Petrografi menunjukkan bahawa batuan ultrabes terdiri daripada mineral minor seperti olivin dan piroksen. Parameter-parameter seperti nilai pH, kandungan kelembapan, kandungan bahan organik dan analisis saiz butiran digunakan untuk analisis fizik kimia. Sifat kejuruteraan pula dianalisi dengan ujian seperti had-had atterberg, graviti tentu, ujian pemadatan tanah, ujian kekuatan ricih dan ujian kebolehtelapan. Kelima-lima sampel ini adalah merupakan tanah berasid dimana julat pHnya adalah antara 6.53 sehingga 6.81. Bagi sampel Rl, ia dikelaskan sebagai lempung, R2 pula bertekstur lodak berlempung, R3 pula dikategorikan sebagai lempung berlodak manakala R4 dan R5 mempunyai tekstur lempung berpasir dan lodak dan julat antara kandungan kelembapan adalah antara 67% sehingga 41 %. Purata bagi kandungan organik adalah tinggi iaitu 9.5 sehingga 16.8. Sampel tanah ini dikelaskan sebagai mempunyai keplastikan dari sederhana ke keplastikan yang sangat tinggi dan bagi di dalam had cecair, secara keseluruhannya semua sampel tanah ini mempunyai kandungan had cecair antara 96.48% sehingga 51.33%. Kajian graviti tentu menunjukkan sampel tanah ini mempunyai ketumpatan tanah yang tinggi iaitu di dalam purata 3 .28 hingga 2.49. Di dalam ujian pemadatan tanah pula, keturnpatan kering bagi kesemua sampel tanah, secara puratanya antara 1.25 Mg/m3 sehingga 1.45 Mg/m3 Mampatan paksi tiga pula, julatnya adalah 2.55 dan 0.88 dan bagi ujian kebolehtelapan, sampel tanah ini mempunyai darjah kebolehtelapan yang rendah iaitu 10 -7