Pekerja industri filem belakang tabir di sabah: Isu, cabaran dan strategik

Pekerja belakang tabir di Malaysia khususnya di Sabah amat memerlukan perhatian khusus. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai isu yang timbul dan dikenal pasti menerusi kajian yang dijalankan. Industri perfileman di Sabah tidak cukup besar jika dibandingkan dengan industri filem di Semenanjung M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosli Sareya, Borhan Abdullah, Zairul Anuar Md Dawam, Sharip Zainal Sagkif Shek
Format: Article
Language:English
English
Published: UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36204/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36204/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36204/
https://doi.org/10.51200/ga.v12i2.4072
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pekerja belakang tabir di Malaysia khususnya di Sabah amat memerlukan perhatian khusus. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai isu yang timbul dan dikenal pasti menerusi kajian yang dijalankan. Industri perfileman di Sabah tidak cukup besar jika dibandingkan dengan industri filem di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat beberapa isu serta cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Sebelum COVID-19 melanda dunia, industri filem di Sabah masih berada pada tahap yang sederhana jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan bertambah buruk apabila dunia dilanda COVID-19 yang banyak menjejaskan sumber pendapatan pekerja belakang tabir mahupun industri filem di Malaysia khususnya Sabah. Justeru, kajian ini akan meneliti strategi yang boleh diketengahkan dan membantu pekerja belakang tabir dalam menghadapi cabaran semasa dan selepas pandemik ini. Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini, pengkaji telah melakukan sesi temu bual terhadap beberapa pengarah dan pekerja belakang tabir di negeri Sabah serta menganalisis data menerusi dapatan maklumat dari pelbagai sudut. Analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap bayaran tenaga kerja serta penangguhan bayaran antara isu yang harus diberi perhatian. Hal ini menyebabkan kurangnya motivasi dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu. Akhirnya, sesebuah karya kreatif menjadi kurang menarik dan tidak memberi kesan kepada audiens. Walau bagaimanapun, terdapat juga bantuan yang tidak putus dari kerajaan pusat khususnya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) yang menjadi pendorong dalam membantu pekerja belakang tabir untuk terus berkarya dan bertahan.