Simbolik Motif-Motif Tatu Tradisonal Masyarakat Kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak

Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka. Tatu sebenarnya merupakan sebahagian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sylvia Saging, Zainuddin Baco
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35840/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35840/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35840/
https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4137
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka. Tatu sebenarnya merupakan sebahagian daripada ritual tradisional kaum Iban di Sarawak yang mempunyai hubungan kuat dengan adat dan kesenian. Tatu berada pada tubuh secara kekal sehingga menjadi penandaan yang tidak dapat dihilangkan sehingga kematian. Makalah ini memfokuskan tentang simbolik motif-motif tatu tradisional kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana tiga jenis kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan menerusi temu bual, kaedah kepustakaan, dan melayari laman web. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian motif tatu tradisional Iban pada zaman dahulu bukan sahaja diukir sekadar hiasan semata-mata, namun setiap corak motif tersebut digunakan untuk tujuan tertentu dan mempunyai maksud yang tersendiri di mana setiap motif tersebut pada dasarnya mempunyai simbolik dan syarat-syarat khusus dari segi pemilikannya yang tidak boleh diukir secara sesuka hati. Walau bagaimanapun, peredaran zaman telah menyebabkan berlaku inovasi terhadap tatu tradisional di mana tatu Iban pada era moden ini tidak lagi diritualisasikan dan berhubung kait dengan unsur kepercayaan tradisi (animisme) seperti yang diamalkan pada zaman dahulu. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban terutamanya dalam kalangan generasi muda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah tatu tradisional kaum mereka. Pengetahuan tentang dunia tatu kaum Iban pada masa kini menjadi penting kerana menjadi satu-satunya cara untuk memahami dan mendedahkan keindahan budaya kaum Iban, sama ada dari segi kepercayaan mahupun gaya hidup sebenar masyarakat Iban pada zaman dahulu.