Ritual Muinsamung Etnik Tombonuo: Perubahan dan Pemeliharaan Secara Kreatif

Muinsamung ialah ritual turun-temurun etnik Tombonuo, yang menetap di daerah Pitas, Sabah. Ritual ini pada asalnya berkait rapat dengan aktiviti mengayau sebelum Syarikat Berpiagam (British) Borneo Utara mentadbir Borneo Utara (Sabah) pada akhir kurun ke-19. Makalah ini bertujuan menganalisis aspek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Cheng, Jia Min, Low, Kok On
Format: Article
Language:English
English
Published: USM Press 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35799/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35799/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35799/
https://doi.org/10.21315/kajh2022.29.2.10
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Muinsamung ialah ritual turun-temurun etnik Tombonuo, yang menetap di daerah Pitas, Sabah. Ritual ini pada asalnya berkait rapat dengan aktiviti mengayau sebelum Syarikat Berpiagam (British) Borneo Utara mentadbir Borneo Utara (Sabah) pada akhir kurun ke-19. Makalah ini bertujuan menganalisis aspek perubahan ritual muinsamung berasaskan teori perubahan ritual. Selain itu, pengolahan tarian Sumanggak oleh Suana Kabora pada tahun 1983 sebagai satu usaha kreatif bagi memulihara ritual silam Tombonuo turut diteliti. Bagi mengumpul data kajian, dua siri kerja lapangan yang menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian telah dilakukan di tiga buah kampung Tombonuo di daerah Pitas. Kajian ini mendapati fungsi ritual muinsamung yang berkait dengan aktiviti mengayau telah berubah menjadi ritual monginsamung, yang dikendalikan untuk upacara pengebumian disebabkan perubahan politik dan kehendak sosial. Disebabkan wujudnya keinginan untuk memastikan agar ritual turun-temurun etniknya terus dikekalkan, sebahagian daripada persembahan ritual lama ini telah diolah secara kreatif oleh anggota masyarakat menjadi satu bentuk tarian lantas dianggap sebagai satu perubahan daripada ritual yang sakral kepada persembahan estetik yang sekular.