Dasar dan karakter pemerintahan kesultanan sulu dalam Menguasai ekonomi maritim di laut sulu sebelum abad ke-19

Makalah ini membincangkan tentang dasar dan karakter pemerintahan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi maritim di Laut Sulu sebelum abad ke-19. Perbincangan ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu pertama untuk merungkai semula dasar dan karakter Kesultanan Sulu dalam memanfaatkan Laut Sulu sebag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mosli Tarsat
Format: Article
Language:English
English
Published: UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35786/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan tentang dasar dan karakter pemerintahan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi maritim di Laut Sulu sebelum abad ke-19. Perbincangan ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu pertama untuk merungkai semula dasar dan karakter Kesultanan Sulu dalam memanfaatkan Laut Sulu sebagai sumber ekonomi utama mereka. Kedua, untuk membuktikan bahawa aspek dasar dan karakter pemerintah sebagai faktor utama yang menentukan kejayaan penguasaan ekonomi maritim. Makalah ini menggunakan pendekatan sejarah dan kaedah kualitatif dalam mendapatkan sumber penulisan yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Hasil makalah ini mendapati bahawa terdapat empat dasar yang dilaksanakan untuk menguasai Laut Sulu, iaitu dasar pengawalan ekonomi (untuk menghubungkan Laut China Selatan-Laut Sulu), melebarkan wilayah perdagangan, agenda ekonomi berasaskan sumber laut dan aktiviti rompakan dan pemburuan hamba. Semua dasar ini memperlihatkan karakter pemerintah yang menitikberatkan ekonomi maritim berbanding dengan ekonomi tanah daratan. Apa yang menentukan kejayaan Kesultanan Sulu dalam menguasai ekonomi Laut Sulu sebenarnya adalah disebabkan oleh dasar dan karakter ini sehingga dikenali sebagai sebuah kerajaan maritim yang berpengaruh dan disegani di rantau Alam Melayu.