Hubungan diantara faktor peramal yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD Discomfort) dalam kalangan anggota polis trafik di sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji interaksi di antara faktor peramal (faktor risiko) seperti faktor individu, faktor fizikal, faktor psikososial, beban kerja dan kesihatan mental yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal dalam kalangan anggota polis trafik di Sabah. Kajian ini telah d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bernadette Thien, Peter Voo Su Kiong, Ismail Maakip
Format: Article
Language:English
English
Published: Faculty of Psychology and Education, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35680/2/Fulltext.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35680/3/Abstract1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35680/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji interaksi di antara faktor peramal (faktor risiko) seperti faktor individu, faktor fizikal, faktor psikososial, beban kerja dan kesihatan mental yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal dalam kalangan anggota polis trafik di Sabah. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk keratan rentas melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 262 orang responden telah menyertai kajian ini dalam kalangan pegawai dan anggota polis trafik yang menjalankan tugas-tugas kawalan lalulintas. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor peramal dan MSD dalam kalangan anggota polis trafik iaitu faktor fizikal (r = .394; k < .01), beban kerja (r = .427; k < .01), faktor psikososial (r = .499; k < .01), kesihatan mental(r = .447; k < .01) dan faktor individu (r = .014; k < .01). Kajian mengenai MSD dalam kalangan anggota polis trafik menunjukkan wujudnya keperluan yang bukan sahaja mengkaji faktor risiko tetapi juga untuk membangunkan intervensi bagi meminimumkan MSD dalam profesion kepolisan.