Evolusi kekerasan politik di Jamaica (1940-1980)

Keganasan politik di Jamaica telah menjadi suatu endemik kepada negara sehinggakan negara sentiasa berada dalam keadaan berbahaya. Fokus kajian adalah pada sekitar tahun 1940 hingga 1980 iaitu merupakan perkembangan kemunculan keganasan politik. Pada asalnya, kekerasan politik di negara Jamaica adal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tiong Mee Yee
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35526/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35526/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35526/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keganasan politik di Jamaica telah menjadi suatu endemik kepada negara sehinggakan negara sentiasa berada dalam keadaan berbahaya. Fokus kajian adalah pada sekitar tahun 1940 hingga 1980 iaitu merupakan perkembangan kemunculan keganasan politik. Pada asalnya, kekerasan politik di negara Jamaica adalah tidak begitu ketara, namun demikian, peningkatan keganasan dan jenayah di Jamaica telah memuncak pada tahun 1960-an. Keadaan ini dapat dilihat menerusi keganasan yang diinstitusikan dalam politik negara Jamaica moden. Keganasan endemik ini telah memupuk persekitaran politik yang tidak stabil dan berkembang simbiosis daripada hubungan antara organisasi buruh Jamaica dan keganasan politik. Isu ini menyebabkan masyarakat umum hidup dalam ketakutan disebabkan oleh keganasan yang berterusan dan tidak berkesudahan. Justeru, kertas kerja ini memberi tumpuan dengan membincangkan faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan kekerasan politik dan kesan perkembangan evolusi kekerasan politik tersebut di Jamaica. Dalam mencapai objektif kajian, kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data dengan memperoleh sumber rujukan secara kepustakaan. Sumber-sumber tersebut antaranya ialah laporan kerajaan, buku, artikel dan sumber Internet yang berkaitan dengan isu kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penginstitusian keganasan politik oleh parti politik telah memainkan peranan utama dalam konflik keganasan parti politik. Oleh hal yang demikian, keadaan ini mengakibatkan corak pilihan raya umum yang tidak stabil akibat daripada konflik keganasan parti politik dominan.